• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Pemimpin Politik Menghadap Agong

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memasuki hari ketiga, beberapa lagi pemimpin parti politik negara menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin pertama yang tiba untuk menghadap pada kira-kira 9.55 pagi, sebelum dilihat keluar meninggalkan Istana Negara pada 11 pagi.

Ahmad Zahid, yang turun daripada kenderaannya dan menemui pemberita yang menunggu di luar Istana Negara berkata, perbincangan ketika majlis menghadap itu menjurus kepada beberapa perkara yang menyentuh kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau telah mempersembahkan kepada Seri Paduka tentang pendirian UMNO terutamanya darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara, dan sebaliknya isu berkaitan pandemik Covid-19 boleh diuruskan tanpa darurat.

Beliau berkata, UMNO membawa suara rakyat yang rata-rata resah dan gelisah dalam menghadapi pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan mata pencarian dan pendapatan ekonomi masing-masing.

“UMNO berpendirian Parlimen wajar bersidang, ini bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan dan wujud elemen akauntabiliti serta semak dan imbang dalam segala aspek berkaitan pentadbiran negara.

“UMNO berpendapat Parlimen amat penting sebagai platform rasmi menyuarakan suara hati rakyat berkenaan kepentingan mereka,” kata Ahmad Zahid.

Berhubung cadangan penubuhan sebuah badan khas seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran pula tiba pada 10.45 pagi dan dilihat keluar hampir sejam kemudian dan berlalu pergi tanpa turun daripada kenderaan dinaikinya.

Pemimpin parti politik termasuk pembangkang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat bermula Rabu (9 Jun), dan bagi pemimpin parti politik di Sarawak, majlis menghadap diadakan secara dalam talian yang dijadualkan pada 14 Jun.

Setakat ini, 10 pemimpin daripada parti politik selesai menghadap Al-Sultan Abdullah. – BERNAMA

Tags: Istana Negarapemimpin politikYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd