• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upacara Perasmian Sukan SEA 2019 Berlangsung Gilang-Gemilang

oleh
01/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam satu majlis pembukaan penuh gilang gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan, dekat sini, malam ini.

Buat pertama kalinya dalam sejarah 60 tahun sukan dwitahunan itu, majlis perasmiannya berlangsung dalam dewan tertutup dan bukannya di stadium.

Lebih menarik lagi pada Sukan SEA kali ini, kawah obor sukan ini diletakkan di lokasi berbeza, iaitu di ‘New Clark Athletics Stadium’ yang terlelak kira-kira 90 kilometer dari Bulacan, dan majlis penyalaan obor itu disiarkan melalui skrin di arena yang berkapasiti 55,000 orang itu.

Acara perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Filipina oleh Lani Misalucha diikuti dengan persembahan bertenaga bertemakan ‘The Roots of our Strengh’ yang menunjukkan pelbagai kebudayaan dan warisan negara itu dan dipersembahkan dengan siri tarian pahlawan dari Bagobo, Kalinga, Maguindanao, Islamik dan pre-Hispanik Visayans.

Perarakan para kontinjen diiringi sorakan ceria para penonton, sebaik sahaja memasuki arena itu dalam susunan mengikuti abjad bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dengan kontinjen tuan rumah menjadi pasukan terakhir memasuki arena.

Kontinjen Malaysia didahului pembawa Jalur Gemilang dan juara dunia boling 2018 Rafiq Ismail, diikuti lebih 100 atlet dan pegawai termasuk Chef-de-mission (CDM) Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan dua timbalannya Nurul Huda Abdullah dan Ahmad Faedzal Md Ramli.

Dengan berbaju Melayu dan berbaju kurung berwarna putih selain, bersamping warna merah dan bertengkolok (bagi lelaki) dan selendang bermotifkan Jalur Gemilang (wanita), tuan rumah Sukan SEA 2017 itu berjalan di hadapan penonton dengan penuh semangat dan menunjukkan kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan pembukaan Sukan SEA ke-30, penonton dipersembahkan dengan satu persembahan moden dan hip hop bertenaga oleh artis tempatan antaranya Inigo Pascual, Robert Sena, Apl.de.Ap dan KZ Tandingan sebelum acara penyalaan obor ditayangkan di skrin.

Peninju berkelas dunia dari Filipina, Manny Pacquiao dan Nesthy Petecio diberikan penghormatan sebagai pembawa obor, sebelum mereka menyalakan kawah obor yang menandakan bermulanya temasya 12 hari itu.

Dengan tema ‘We Win As One’, Sukan SEA kali ini akan berlangsung selama 12 hari sehingga majlis penutupan rasminya di  New Clark Athletics Stadium pada 11 Disember.

Lebih 8,000 atlet dari 10 negara ASEAN dan Timor Leste akan bertanding dalam 530 acara daripada 56 jenis sukan yang dilangsungkan di tiga kluster utama iaitu Manila, Clark dan Subic.

Sukan SEA ke-30 ini merupakan kali keempat Filipina menjadi tuan rumah, selepas 1981, 1991 dan kali terakhir pada 2005.

Sukan SEA kali ini juga memperkenalkan beberapa sukan baharu antaranya arnis, jujitsu, kickboxing, hoki dalam air dan e-Sukan.

Selaku juara bertahan, Malaysia menghantar satu kontinjen yang kuat dengan 773 atlet dan 339 pegawai dengan menyertai 52 jenis sukan dan menyasarkan untuk membawa pulang 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa untuk kedudukan tempat keempat.

Tags: Filipinamajlis pembukaanSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Terlelap, 2 Rakan Maut Di Lebuh Raya CSR

Next Post

Pemberontakan Komunis Telah Lama Berlalu – Presiden Patriot

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Pemberontakan Komunis Telah Lama Berlalu - Presiden Patriot

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd