Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Semua Penduduk Satu Kampung...

KATHMANDU - Sebahagian besar penduduk kampung Hokse di Nepal mempunyai satu ginjal sahaja....

Terus Melonjak, 19,819 Kes...

PUTRAJAYA - Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi dengan 19,819 kes dilaporkan...

Ku Li Belum Buat...

KUALA LUMPUR – Selepas digesa bertanding jawatan tertinggi UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memberi...

ESSZone: Zahid, Musa Aman...

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan...

Pemberontakan Komunis Telah Lama Berlalu – Presiden Patriot

PETALING JAYA – Seorang brigadier jeneral bersara yng memulakan kerjaya tenteranya menentang pemberontakan komunis pada tahun 1970-an berkata, orang ramai harus berhenti membesarkan isu insiden abu ayat bekas pemimpin komunis Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Mohamed Arshad Raji, presiden persatuan bekas tentera, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, perang menentang pemberontakan komunis telah lama berlalu dan rakyat Malaysia harus melangkah ke depan dan tidak membesarkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa balik ke negara ini dan ditabur di laut serta di kawasan hutan banjaran Titiwangsa di Perak.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua merupakan setiausaha agung Parti Komunis Malaya yang melancarkan pemberontakan selama 40 tahun dan berakhir pada 1989 dengan satu perjanjian damai.

Beliau meninggal dunia dalam buangan pada usia 89 tahun di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September 2013. Para penyokong Chin Peng membawa balik abu mayatnya secara rahsia ke tempat kelahiran beliau di Chemor, Perak.

Langkah itu menimbulkan debat politik dalam kalangan masyarakat awam dan pemimpin politik selepas berita mengenainya dilaporkan.

Bercakap mengenai kontroversi itu Arshad berkata, “Abu mayatnya boleh buat apa? Dia telah lama mati. Kita perlu melangkah terus.”


Arshad berkata, isu abu mayat Chin Peng tidak harus digunakan sebagai propaganda politik. Parti komunis Malaya juga mempunyai anggota dalam kalangan orang Melayu.

“Sebilangan pemimpinnya juga orang Melayu. Kita tidak harus menjadikannya isu perkauman.”

Beliau bersetuju dengan komentar bekas ketua polis negara Rahim Noor yang berkata bahawa perjanjian damai Hatyai antara Malaysia dan KPM membenarkan anggota parti itu kembali dengan syarat mereka tidak menghidupkan semula perjuangan mereka di negara ini.

Polis telah memulakan siasatan ke atas perbuatan membawa balik abu mayat Chin Peng di bawah peruntukan Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan. – FMT

Kategori