• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Seloroh Konon Bakal Bergabung Dengan Shafie

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan UMNO akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Bekas Perdana Menteri itu dalam nada berseloroh berkata, disebabkan itu beliau tidak ingin mengkritik lebih-lebih terhadap Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana mungkin mereka akan bergabung bersama tidak lama lagi.

“Tapi saya pun tak nak terlebih kritik Shafie sebab terbaca berita pagi ini bahawa kononnya ada kemungkinan kita (UMNO) akan bersama dia (Shafie) dan Atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam gabungan politik yang sama,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Hari ini, bekas Ketua Menteri Sabah itu mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

Malah Shafie menegaskan bahawa beliau rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan dan disebabkan itu beliau membiarkan rakyat menentukannya menerusi PRN.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis), apakah beliau kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa kepada peningkatan kes wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Dalam hal itu, Najib membidas kenyataan Shafie yang langsung tidak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembalikan kuasa sebagaimana beliau lakukan terhadap kerajaan Sabah terdahulu.

“Shafie langsung tak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembalikan kuasa sebagaimana dia rampas kuasa walaupun ia telah menyumbang kepada tercetusnya gelombang ketiga Covid-19 di seluruh Sabah dan Malaysia.

“Dia tetap sanggup mati. Dia kata biarkan dia mati dalam gelanggang politik walaupun akhirnya parti dia kalah juga dan ramai yang mati akibat Covid-19,” kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa hari ini membayangkan hasrat membentuk kerjasama penyatuan ummah dalam skala lebih besar merangkumi parti-parti bebas yang berpendirian menolak Pakatan Harapan (PH).

Annuar memaklumkan ‘grand coalition’ itu mungkin termasuk beberapa parti bebas termasuklah Warisan dan Pejuang. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun RazakpejuangUMNOwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKPD Di Asrama Pekerja Top Glove, Klang

Next Post

Rakyat Pilih Muhyiddin Tadbir Negara, Bukan Mahathir

Related Posts

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Ketua-Ketua UMNO Adakan Perjumpaan Khas Malam Ini

Ketua-Ketua UMNO Adakan Perjumpaan Khas Malam Ini

17/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Satu perjumpaan khas yang melibatkan ketua-ketua UMNO bahagian dari seluruh negara dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di...

Next Post

Rakyat Pilih Muhyiddin Tadbir Negara, Bukan Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd