• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, PAS Tidak Gabung Sebagai Sebuah Parti

oleh
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO dan PAS tidak akan bergabung membentuk sebuah parti.

Sebaliknya, beliau berkata kedua-dua parti itu hanya menjalinkan kerjasama dan persefahaman sebagai blok pembangkang dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.

“Kita tidak pernah bincang pun dan tidak pernah cakap untuk menyatukan UMNO dengan PAS menjadi satu parti.

“Tidak timbul soal jika MCA keluar (daripada Barisan Nasional), UMNO dan PAS bergabung menjadi satu parti. Apa yang jadi pada masa depan itu cerita lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup sambutan Maulidur Rasul Wanita UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada UMNO dan PAS akan bergabung menjadi sebuah parti seandainya MCA bertindak keluar daripada BN.

Pada 2 Disember lepas, perhimpunan agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk beri kuasa kepada Jawatankuasa Pusat parti itu memulakan proses pembubaran BN dan bentuk perikatan baharu. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd