• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Belum Buat Keputusan Usul Undi Percaya Mahathir

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan daripada UMNO berhubung cadangan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya akan dibuat sebaik usul tersebut dikemukakan di Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini UMNO mengambil maklum mengenai cadangan PAS itu dan akan dibincangkan di peringkat parti.

Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membentangkan cadangan usul berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

“Itu tadi dibentangkan pihak PAS oleh YB Tuan Ibrahim. Kita pun nak tahu apa bendanya.

“Kita akan buat keputusan bila sampai masanya. Kita hanya ambil maklum, memandangkan usul itu belum dibawa lagi.

“Saya di peringkat UMNO akan bawa apa yang dibentangkan PAS ke parti saya (UMNO). Sebarang keputusan akan dibuat bila benda itu berlaku,” katanya kepada media selepas tamat mesyuarat tersebut di sini.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Ketua Penerangan PAS, Kamarulzaman Ahmad dan Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Kelmarin, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, pembentangan usul undi percaya itu diputuskan sebulat suara oleh Majlis Kepimpinan Pusat PAS pada mesyuarat bulanan pada Sabtu lepas.

Sementara itu Dr. Mahathir semalam menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui apa PAS akan lakukan susulan bercadang membentangkan usul undi percaya terhadap kepimpinannya.

Namun beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS berhubung perkara tersebut.

“Saya sudah menjadi Perdana Menteri, jika mereka mahu sokong saya, terima kasihlah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi dialog dengan komuniti perniagaan Perancis di Malaysia di Cyberjaya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadPASUMNOundi percaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Gantung’ Video Aina Abdul, Drama Band Di YouTube

Next Post

Angka Kematian Coronavirus Melonjak 1,016 Orang

Related Posts

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

12/07/2025
0

Kota Bharu: UMNO Kelantan memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah tahanan rumah ke atas bekas...

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Next Post

Angka Kematian Coronavirus Melonjak 1,016 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd