• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ulat Tiket’ Buat Rakyat Panas, Suka Hati Naik Harga

oleh
28/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENJAK awal pagi tadi lagi ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu membanjiri pekarangan Stadium Shah Alam bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017, Malaysia menentang Thailand.

Tapi apa yang mendukacitakan ialah apabila ada segelintir ‘ulat tiket’ yang mengambil kesempatan dalam kesesakan yang berlaku pagi tadi.

Seorang pembeli hanya dibenarkan untuk membeli lima tiket sahaja bagi memberi laluan kepada yang lain untuk membeli. Walaupun terpaksa bersesak-sesak namun masih ramai yang sanggup untuk meredah banjiran manusia dekat sana.

Ulat tiket ni pula, waktu macam ni lah yang sesuai untuk mereka mengambil kesempatan dengan menjual tiket dengan harga yang sangat tinggi dan merepek!

Mana tidaknya, harga asal perlawanan ialah cuma RM21.20 tapi harga yang mereka jual ialah RM50, RM60, RM100 dan ada juga sampai RM200! Ini betul betul riba ni!

Tempat untuk mereka ‘promote’ business tak berakal ini ialah di laman sosial. Tapi ada juga yang sampai jual di portal jual beli online Mudah.my serta aplikasi Carousell. Memang ramai yang tak puas hati dengan tindakan mereka ni.

Walaupun awak yang beratur dalam sesak manusia tu, tapi ia tak bermaksud awak boleh jual dengan harga yang tak masuk akal macam tu. Kesian juga dekat orang yang datang dari jauh, bila sampai ke kaunter… Tiket pun dah habis.

Tak cukup dengan yang jadi ulat tiket, malah ada juga yang tak berpuas hati kerana tiket yang dikeluarkan dilaporkan tidak mencukupi. Dikatakan tiket yang dijual iaitu sebanyak 40,000 keping terlalu sedikit. Malah ramai juga yang mempertikaikan mengapa tiket ini tidak dijual secara online? Ianya juga menyusahkan ramai orang.

Dikatakan juga telah beberapa kali berlaku rusuhan di kaunter A kerana ramai yang bengang kerana masih tidak dapat membeli tiket walaupun sudah beratur dari awal pagi.

Tapi bagi yang tak ada rezeki nak tengok bola dekat stadium, anda boleh menebus kekecewaan itu dengan pilih untuk menonton di mana-mana premis kedai mamak yang buka big screen.

Tak dapat pergi stadium, tak bermakna tak boleh sokong team Malaysia kan. Ayuh #bangkit bersama! – MYENWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: bola sepak final Sukan Sea 2017MalaysiaThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd