• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Adakan Pilihan Raya Kilat Peralihan Presiden

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, pada Rabu mengumumkan bahawa pilihan raya presiden dan parlimen negara itu akan diadakan pada 24 Jun bagi mempercepat peralihan kepada sistem pemerintahan baharu yang menampilkan jawatan presiden eksekutif, lapor agensi berita China Xinhua.

“Selepas berunding secara mendalam, kami telah memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya pada 24 Jun,” kata Erdogan di kompleks presiden selepas bertemu sekutunya di parlimen, Devlet Bahceli, yang mengusulkan idea untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

Sebelum ini, tarikh pilihan raya umum Turki ditetapkan pada 3 November 2019.

Erdogan memberi alasan wujud “ketidaktentuan” di rantau itu dan “operasi ketenteraan rentas sempadan di Syria” ketika menjelaskan keperluan mengadakan pilihan raya kilat.

“Kami berpendapat langkah ini adalah penting dan perlu disegerakan bagi mempercepat peralihan kepada sistem presiden eksekutif,” katanya selepas pertemuan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, dan anggota kanan parti pemerintah pimpinan Erdogan iaitu Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP).

Sementara itu, Bahceli berkata Parti Pergerakan Nationalis (MHP) yang dipimpin beliau akan menyokong sebarang langkah mengadakan pilihan raya awal dan melahirkan sokongannya kepada pencalonan Erdogan bagi merebut jawatan presiden untuk terus menerajui Turki.

Ankara pula menafikan spekulasi bahawa ia berhasrat memansuhkan jawatan perdana menteri dan memaktubkan kuasa eksekutif kepada jawatan presiden secara rasmi.

Di bawah sistem pemerintahan baharu, presiden Turki boleh menyediakan bajet, membubarkan parlimen serta melantik pegawai di peringkat tinggi termasuk menteri dan hakim selain mengisytiharkan darurat, kuasa yang ketika ini dipegang oleh kerajaan.

Pilihan raya awal itu dijadual berlangsung dalam keadaan perintah darurat berkuat kuasa, yang diisytihar sejak percubaan rampasan kuasa gagal pada Julai 2016. – BERNAMA

Tags: Recep Tayyip ErdoganTurki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nora Danish Akui Menangis Anak Dikutuk Netizen

Next Post

Ibu Hamil Parah Ditembak Anak Sendiri

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya

09/03/2024
0

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 31 Mac akan menjadi pilihan raya...

Anwar Ucap Tahniah Erdogan Dipilih Semula Presiden Turkiye

Anwar Ucap Tahniah Erdogan Dipilih Semula Presiden Turkiye

29/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dipilih semula menjadi Presiden ke-13 Turkiye selepas...

Next Post

Ibu Hamil Parah Ditembak Anak Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd