• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Bodoh Rakyat, Mahu SST 20% Mansuh GST 6%

oleh AK-47
09/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA India muncul sebagai negara ke-160 melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Julai lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.

Mungkin mahu melemparkan tohmahan jahat dengan dakyah konon GST menindas rakyat, beliau dilaporkan mahu memulihkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) jika Pakatan Harapan berjaya ‘menawan’ Putrajaya.

Bercakap dalam forum “Insight Talk – Saving Malaysia: Friends and Foes” anjuran portal propembangkang, The Malaysan Insight di Putrajaya pada Rabu, Mahathir sekali lagi mahu rakyat kembali kepada era SST lebih teruk!

Beliau tanpa rasa bersalah mendakwa langkah menghidupkan balik SST yang diketahui berkadar lebih 20 peratus itu konon boleh membantu ekonomi negara serta tidak memudaratkan rakyat dan sektor kewangan kerajaan.

“Jika kami (Pakatan Harapan) ingin hapus GST, kami mesti pulih SST. Tetapi semua proses dilakukan oleh kerajaan baharu perlu dilaksana secara berperingkat. Jika kami hapus secara tiba-tiba dan kami tiada sumber pendapatan.

“Ia akan memudaratkan kerajaan (Pakatan Harapan). Dahulu, hanya dengan sumber petroleum, ketika kami terpaksa naik harga petrol, kami melakukan secara berperingkat supaya tidak jejas rakyat,” dalih Mahathir.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, sebelum ini mengumumkan blok pembangkang itu akan bertindak menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Apa yang sengaja tidak disebut oleh Mahathir ialah GST hanya berkadar 6 peratus, malah lebih 300 produk asas pengguna yang lazim dibeli golongan miskin langsung dikenakan kadar sifar sejak diperkenalkan pada 2015 lalu.

Ia dilaksanakan kerana ramai peniaga sebelum itu dikesan berjaya menipu pihak kastam apabila mengutip SST yang dikenakan kepada pengguna sehingga menyebabkan berlaku ketirisan hasil negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd