Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Pertahan...

PUTRAJAYA : Golongan penjawat awam perlu bersama Perdana Menteri ke arah mencapai kejayaan...

Kesalahan Rogol Dalam Perkahwinan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kesalahan rogol dalam...

DAP Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata satu laporan polis...

PM Doakan Zizan, Teruskan...

SIAPA sangka selepas aksi spontan pelawak Zizan Razak yang melentokkan kepalanya di bahu...

Trump Akui Enggan Bertemu Trudeau

NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengesahkan keengganan beliau bertemu Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada acara sampingan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) dan menuduh negara berkenaan memberi layanan buruk terhadap AS.

“Ya, saya enggan. Kanada melayan kami dengan buruk,” katanya kepada sidang media di sini apabila ditanya mengenai spekulasi penolakan beliau untuk menghadiri pertemuan satu sama satu bersama Trudeau.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas insiden Selasa lalu apabila Trump menolak untuk berjabat dengan Trudeau walaupun Perdana Menteri termuda Kanada itu sudah menghulurkan tangan.

Ramai orang dah mencuba #MaggiPedasGiler tetapi adakah anda yakin anda tahan makanan yang #PedasGiler ini? Kami cabar anda agar sertai #CabaranKontrolMacho ini dan buktikan kehebatan anda!

Kedua-dua negara sejak setahun lalu terbabit dalam rundingan untuk membentuk semula perjanjian kontinental berusia 25 tahun yang dituduh Trump sebagai punca kerugian AS dalam sektor pekerjaan dan industri.

Presiden AS itu turut bertindak mengkritik perunding yang dilantik Kanada dan mencetuskan keraguan terhadap peluang mencapai persetujuan dalam membentuk semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), selain sekali lagi mengugut untuk mengenakan tarif ke atas import kenderaan.


“Saya perlu jujur dengan anda semua. Kami tidak sependapat dengan perunding mereka dan merasakan rundingan itu sebenarnya mengambil kesempatan ke atas AS sejak sekian lama,” katanya.

Menteri Luar Kanadna, Chrystia Freeland menghabiskan banyak masa di Washington bulan lalu untuk berunding dengan Wakil Perdagangan AS, Robert Lightizer dan berulang kali memberikan komen mengenai perkembangan rundingan terbabit serta perkara positif yang berlaku. – AFP/BH ONLINE

Kategori