• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pada Syarikat Ladang Malaysia Sumbang Jerebu

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat tempatan yang beroperasi di luar negara hingga menyebabkan punca fenomena jerebu melanda negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedia menggubal undang-undang yang akan menjadikan syarikat itu bertanggungjawab terhadap pembakaran terbuka walaupun beroperasi di luar Malaysia.

“Syarikat-syarikat tempatan yang memiliki ladang ladang di luar negara yang menyumbang ke arah jerebu kerana pembakaran di ladang mereka, kerajaan akan meminta mereka mengambil tindakan untuk memadamkan kebakaran.

“Tetapi sudah tentu kita mendapati mereka tidak mahu mengambil tindakan dan kerajaan mungkin meluluskan undang-undang yang akan menjadikan mereka bertanggungjawab terhadap pembakaran di dalam kawasan mereka walaupun di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kerangka Kerja Dasar Luar Malaysia Baharu di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Mahathir diminta mengulas fenomena jerebu yang semakin teruk melanda beberapa kawasan di negara ini yang disebabkan pembakaran terbuka oleh syarikat tempatan yang beroperasi di Indonesia.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, negara jiran itu berhak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terbukti melanggar undang-undang termasuk menyebabkan kebakaran hutan.

Ia berikutan penyitaan tanah milik anak syarikat kepada empat syarikat perladangan kelapa sawit milik Malaysia di Indonesia, yang didakwa sebagai punca kebakaran hutan sekali gus menyebabkan jerebu di rantau ini.

Empat syarikat berkenaan adalah IOI Corporation, Sime Darby Plantation Bhd. P, TDM Bhd. dan Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Tags: JerebuMahathir Mohamadpembakaran terbuka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kombinasi Ayam Goreng Dan Donut Produk Baharu KFC

Next Post

Kerajaan Sudah Bayar Faedah RM9 Bilion Hutang 1MDB

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Suami Dihukum Lima Tahun Penjara Selepas Bunuh Isteri Pesakit Kanser

Kota Bharu, Bachok Paling Tinggi Kes Pembakaran Terbuka Di Kelantan

04/11/2023
6

KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menerima peningkatan laporan melibatkan pembakaran terbuka dalam tempoh 10 bulan tahun ini...

Next Post

Kerajaan Sudah Bayar Faedah RM9 Bilion Hutang 1MDB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd