• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sudah Bayar Faedah RM9 Bilion Hutang 1MDB

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, kerajaan juga komited membayar balik keseluruhan hutang termasuk hutang pokok berjumlah RM36 bilion menerusi penjadualan hutang yang ditetapkan agar tidak menjejaskan reputasi negara.

“(Dalam masa yang sama) kita perlukan perbelanjaan pembangunan untuk perkara-perkara lain jadi kita harus melihat keutamaan.

“Kita juga tidak gagal dalam membuat bayaran balik dan bila sampai tempoh kita akan bayar dan akan pastikan projek-projek yang lain dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan ke-29 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Jabatan Akauntan Negara Dr. Yacob Mustafa dan Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Jabatan Akauntan Negara, Datuk Zamimi Awang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada tahun lepas dilaporkan berkata, kerajaan mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB.

Menjawab soalan berkenaan dakwaan kerajaan Kelantan mengenai pembayaran royalti minyak yang kini masih dalam penelitian di Kementerian Kewangan, Amiruddin berkata, kerajaan akan membuat bayaran itu setelah segala perincian diselesaikan.

“Apa yang sudah sampai tempoh dan ada keputusan yang dibuat oleh kabinet ataupun oleh Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sendiri, Kementerian Kewangan akan akur dan kita akan laksanakannya,” katanya.

Tags: 1MDBAmiruddin HamzahHutang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd