• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kilang Haram Di Pasir Gudang Diserbu

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga kilang dipercayai beroperasi secara haram di Pasir Gudang diserbu dan dikenakan pelbagai tindakan oleh pihak penguat kuasa dalam satu operasi pemeriksaan bersepadu berterusan, susulan insiden sesak nafas dan muntah-muntah di kawasan itu sejak 20 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata hasil operasi bersepadu pelbagai agensi semalam, pihaknya menahan operasi, kelengkapan serta peralatan terhadap satu kilang manakala pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bertindak menyita ketiga-tiga kilang terbabit.

“Sebuah kilang dipercayai mengitar semula bahan terpakai seperti plastik, minyak terpakai. Sebuah kilang lagi berasaskan logam dan sebuah lagi kilang disyaki membuat pengasingan sisa pepejal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut turun padang dalam operasi bersepadu itu ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Cheng Choon.

Sehingga 5 petang semalam, sebanyak 248 kilang telah diperiksa menerusi operasi bersepadu berterusan yang disertai pelbagai agensi kerajaan termasuk JAS dan MPPG.

Wan Abdul Latiff berkata sebanyak 125 kompaun melibatkan buangan terjadual dikeluarkan, 10 kompaun untuk efluen perindustrian manakala satu kompaun untuk loji kumbahan.

“Selain itu, 59 notis arahan turut dikeluarkan, 11 perintah tahan operasi kelengkapan dan tiga bakal berdepan dengan syor tindakan mahkamah,” katanya.

Meskipun sasaran awal pemeriksaan sebanyak 250 kilang hampir selesai, pihaknya akan meneruskan seberapa banyak pemeriksaan secara berterusan.

“Kita akan teruskan seberapa banyak (pemeriksaan terhadap kilang-kilang lain) yang boleh. Saya nak buat lebih daripada itu (lebih 250 kilang),” katanya.

Menerusi entri yang dimuat naik di Facebook JAS semalam, fokus operasi pemeriksaan bersepadu pada Khamis menumpukan kepada kilang-kilang haram yang tiada lesen perniagaan.Antara tindakan yang diambil selain arahan berhenti operasi ialah pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tags: kilang harampasir gudangpencemaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Tidak Bercita-Cita Tinggi Jadi PM” – Mukhriz

Next Post

Umur Belia: Satu Kecelaruan Yang Tidak Perlu

Related Posts

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Next Post

Umur Belia: Satu Kecelaruan Yang Tidak Perlu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd