Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua di...

Penggunaan Beg Plastik Di...

KUALA LUMPUR - Penggunaan barangan polisterina dan beg plastik serta pengurusan buangan domestik...

Awal Ashaari Mengamuk Dengan...

Kes Instagram artis jadi medium percuma untuk mempromosikan barang adalah lumrah.Tapi bila ia...

Barisan Exco Mahu Annuar...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menaruh harapan tinggi supaya Tan...

Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat Brunei, Jauhi Malaysia

BERSEJARAH… Berita ini mungkin agak kecil, namun ramai penganalisis geopolitik antarabangsa melihat warkah pelawaan khas diraja itu lebih banyak maksud tersirat daripada yang tersurat.

Tidak hairanlah, laporan media tempatan mengenai kehadiran Penasihat Khas Diraja, Kerajaan Arab Saudi dan Utusan Khas Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan kelmarin amat istimewa.

Bayangkanlah bukan mudah Ra’afat Abdullah Al-Sabbagh yang mewakili Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi itu ‘buang masa’ datang menghadap mana-mana pemerintah untuk undang lawat Arab Saudi secara rasmi.

Justeru apabila beliau menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sambil diiringi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Arab Saudi di Brunei, Hussain Mohammed Al-Dajani, ia bukan sekadar pertemuan biasa sahaja.

Media antarabangsa malah tidak lihat suasana formal majlis mengadap dan menyaksikan pemerintah ke-29 negara kecil Islam di Borneo itu muncul hanya untuk berkenan terima set warkah persilaan lawatan diraja ke Arab Saudi.

Untuk rekod, hubungan Brunei-Arab Saudi nyaris renggang pada akhir tahun 2016 gara-gara laporan sensasi akhbar berbahasa Inggeris, The Brunei Times sindir Arab Saudi sengaja naik kadar visa umrah konon sebab krisis ekonomi.

Bimbang jalinan diplomatik dirintis sejak 1995 menjadi keruh, kerajaan Brunei bertindak pantas terus tutup operasi harian popular itu dan sebagai balasan, Raja Salman melakukan lawatan rasminya ke negara berkenaan pada 2017.

Baca: Dana RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Saudi

Juga: Brunei Terus Perkasa Sistem Beraja Dan Daulat Islam

Serta: Brunei Nafi Sultan Hassanal Bolkiah Sokong Mahathir

AKRAB… Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. – Gambar hiasan

Ini sebenarnya merupakan lawatan kali kedua selepas 1997 apabila baginda yang ketika itu masih bertaraf Putera dan Gabenor Wilayah Riyadh, muncul menjadi kerabat diraja pertama Arab Saudi membuat kunjungan ke Brunei.

Hakikatnya, Sultan Hassanal Bolkiah sudah pernah dua kali melawat Arab Saudi secara rasmi, bermula pada 1998 apabila baginda bertemu sendiri almarhum Raja Fahd dan seterusnya almarhum Raja Abdullah pula pada 2011 lalu.

Bagaimanapun timbul persoalan cepumas, kenapa Arab Saudi memilih Brunei dan bukan jirannya, Malaysia yang baru menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi lakar sejarah menjadi perdana menteri buat kali kedua?

Apakah ini tindak balas Arab Saudi susulan tindakan drastik kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) tarik balik pasukan tenteranya yang ditugaskan kawal keselamatan Kaabah daripada serangan musuh Islam?

Juga adakah ini protes senyap terhadap sikap Mahathir yang sering eksploitasi isu dana RM2.6 bilion diterima bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konon ditohmahnya bukan derma oleh kerabat diraja Arab Saudi?

Mungkin terlalu awal buat andaian buruk sedemikian, namun ia boleh juga ada kebenaran ekoran tindakan biadab Mahathir enggan hadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki pada 19 Mei lalu.


Walhal seminggu sebelumnya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada sidang media ketika lawatan ke London, Britain mengakui jemput Mahathir sebagai tanda hormatnya atas kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Baca: Surat Buat 3 PM Israel Bukti Mahathir Bukan Anti-Yahudi

Serta: PH Sekat 1,200 Jemaah Haji Tajaan 1MDB Ke Tanah Suci

Juga: Dana Israel RM1.2 Bilion: Kenapa DAP Takut Saman?

MESRA… Najib ditemani pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh (duduk tengah) ketika lawat Gaza pada 2013. – Gambar hiasan

Sidang kali kedua dalam tempoh enam bulan itu lebih fokus bincang nasib Palestin setelah Amerika Syarikat pindah kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sekali gus mula iktiraf ia sebagai ibu kota baharu negara haram Israel.

Ketiadaan Mahathir dan paling aib, bendera Jalur Gemilang tidak berkibar pada sidang tersebut, nyata cukup pelik berbanding komitmen Najib yang lebih mengutamakan isu Palestin sepanjang sembilan tahun usia pentadbirannya.

Umum maklum, Mahathir semasa menjadi perdana menteri keempat sebelum itu pernah utus surat rasmi buat tiga perdana menteri berbeza Israel yang cetus protes pihak Palestin kerana beliau tunduk hina ditekan rejim tersebut.

Lebih ditakuti, salah satu parti komponen PH, pernah terima dana RM1.2 bilion daripada pihak Israel bagi misi khas guling Barisan Nasional pada PRU dan berhasrat mahu Malaysia jalin hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

Terbaharu, seorang pemimpin kanan PH tanpa hirau sensitiviti umat Islam, bertindak biadab jemput band muzik terkenal Barat pro-Israel yang sering kutuk perjuangan Palestin, untuk buat konsert pertamanya di bumi Malaysia.

Segala perkembangan isu mutakhir ini jelas menyebabkan Arab Saudi mulai nilai Malaysia lebih waspada, termasuk tiada lagi tambahan kuota jemaah haji sehingga lebih 40,000 orang yang diberikan beberapa tahun sebelum itu.

Apakah Mahathir tidak sedar perkara ini atau lupa belajar sejarah bagaimana setiausaha politiknya ‘diharam’ jejak kaki seumur hidupnya di Arab Saudi akibat celupar kutuk raja negara itu konon berfikiran kolot? – Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Kategori