Dana Israel RM1.2 Bilion: Kenapa DAP Takut Saman

SESUATU yang nampak aneh apabila DAP lazimnya akan saman mana-mana pihak yang cuba fitnah mereka waima akhbar terkenal prokerajaan selain individu tertentu jika konon membuat cerita palsu mengenai parti itu.

Peliknya tidak dalam kes dana sebanyak RM1.2 bilion sumbangan kerajaan Israel yang didakwa seorang pemimpin parti politik bekas sekutu mereka selain mantan tokoh dalaman parti berkenaan sendiri beberapa tahun lalu.

Sehingga kini kepimpinan DAP masih lagi ambil sikap berdiam diri daripada memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat berhubung tuduhan mereka pernah menerima dana mewah itu daripada negara haram Zionis itu.

Memetik reaksi Naib Ketua Pemuda UMNO Subang, Syahrezam Zakaria menyifatkan DAP khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seperti kura-kura yang menyorokkan kepala di dalam cengkerang berhubung isu ini.

Ketika DAP ‘bising’ dengan dana almarhum Raja Arab Saudi berjumlah RM2 bilion kepada Perdana Menteri, dana politik Israel untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang diterima mereka cuba disorok sebagai perkara remeh.

Kata beliau: “DAP hari ini seperti kura-kura yang sorok kepalanya di dalam cengkerang. Mereka tidak berani untuk hadapi dan beri penjelasan kepada rakyat mengenai perkara ini. Walhal hakikatnya, tuduhan ini begitu besar.

“Apatah lagi ia melibatkan negara terkenal dengan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Dana Israel, saya kira DAP sengaja bersikap diam diri dengan harapan isu ini berlalu seperti itu sahaja hilang daripada pemikiran rakyat.

Dana-Israel

“Namun hakikatnya mungkin kepimpinan DAP tidak sedar bahawa isu ini masih lagi berdendang dalam kalangan masyarakat akar umbi dan rakyat tetap mahukan penjelasan, tegas beliau lagi kepada portal UMNO-Online.

Syahrezam yang juga pengerusi Persatuan Anak Warisan Subang seterusnya berkata, jika DAP terus berdiam diri dan enggan beri penjelasan, ia seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka.

“DAP jangan ingat taktik ambil pendirian untuk bisu tentang hal ini akan dilupakan rakyat. Isu dana Israel bukan isu kecil tetapi sebenarnya melibatkan kedaulatan dan campur tangan asing dalam politik dalaman negara kita.

“Jadi saya yakin, rakyat khususnya umat Islam akan terus desak DAP agar bercakap benar dan berikan penjelasan secara terbuka berhubung tuduhan bekas pegawai khas Lim Guan Eng sendiri, Mohamed Razali Abdul Rahman.

“Sehingga kini, tidak ada sebarang penjelasan daripada DAP, cuma Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan mahu menyaman Razali. Namun sehingga ke hari ini tidak ada perkembangan berhubung saman tersebut.

“Mungkin juga mereka takut untuk menyaman Razali kerana sekiranya mereka menyaman lelaki itu, segala rahsia dan perancangan kotor mereka akan terbongkar di dalam mahkamah dan diketahui umum kelak,” ujar beliau.

Realitinya DAP tiada cara lain untuk bersih tuduhan itu melainkan dakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP elak jawab tuduhan itu waima tiada penafian jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.

dap-dan-israel

Pelbagai isu dimainkan DAP untuk tutup isu derma RM1.2 billion yang didakwa diterima daripada Israel untuk PRU yang lalu. Pendedahan ini pula dibuat oleh Mohamed Razali yang merupakan bekas ahli tegar DAP sendiri.

DAP sekarang terdesak untuk mendedahkan butiran penerimaan derma cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat. Rakyat sudah tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.

Kit Siang pernah kata akan ambil tindakan terhadap Mohamed Razali berhubung pendedahan derma RM1.2 bilion itu dan siri latihan diterima ahlinya daripada perisikan Mosad Israel dalam usaha menguasai politik Malaysia.

Sebagai menolak dakwaan ini seharusnya DAP buat satu laporan polis agar satu kertas siasatan dikeluarkan untuk dakwa Mohamad Razali dalam isu pertuduhan yang mengaitkan DAP dalam derma RM1.2 billion dari Israel.

Ia kaedah terbaik pertahan integriti DAP serta juga Kit Siang dan Guan Eng yang mengetuai parti anak beranak ini kerana setakat ini masih senyap sunyi dengan tidak memberikan jawapan dan tindakan terhadap isu didakwa.

zuhdi-fitnah-dap

DAP perlu telus jawab dakwaan telah ditawarkan dana RM1.2 bilion (sebenarnya AS$300 juta) dari pihak rejim Israel sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya pada PRU ke-13 daripada pemerintahan Barisan Nasional.

Desakan itu dibuat Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang berkata dakwaan serius tersebut telah dibuat sendiri oleh Mohamed Razali, bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia serta dunia.

Mohamed Razali ketika itu membongkar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian jelas daripada DAP termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak AS$300 juta (RM1.2 billion) oleh rejim Israel.

Juga dakwaan yang telah dilontarkan kepada DAP ialah bagaimana seramai 17 orang dari ahli DAP telah dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Justeru, kata Mohd. Zuhdi, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan itu kecuali mendakwa Mohamed Razali di mahkamah awam kerana sudah lebih empat tahun DAP masih lagi mengelak menjawab tuduhan itu.

Kegagalan DAP menafikan dakwaan akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab sekali gus mengesahkan kebenaran tuduhan Mohamed Razali itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: DAP Perlu Jelaskan Dana Politik Dari Israel -PAS

Juga: Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Khas Zionis

Lagi: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Dan: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Serta: Allahyarham Nik Aziz Kecam Anwar Iktiraf Israel

Loading...