• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Wang Percuma – Mahathir

oleh
08/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat memberikan wang percuma kepada rakyat kerana perlu menampung jumlah hutang yang terlalu banyak.

“Hutang yang ditinggalkan kerajaan lama terlalu banyak dan kita perlu berusaha untuk membayarnya,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Jabatan, Jawatankuasa PH, Ketua Cawangan dan juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Adya Hotel Langkawi, hari ini.

Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian selepas meluangkan masa mendengar luahan hati Pengerusi MPKK Daerah Langkawi yang memerlukan bantuan dan juga dana bagi menjalankan beberapa perkara.

Dalam masa sama, perdana menteri itu juga tidak menolak wang percuma diberikan kerajaan terdahulu kepada rakyat merupakan satu bentuk rasuah selain menggalakkan rakyat kurang berusaha bagi meningkatkan pendapatan.

Katanya, status wang diberikan juga diragui kerana mendakwa wang tersebut ‘dicuri’ daripada hasil tertentu.

“Wang yang diterima digunakan untuk melakukan umrah dan haji, saya pun tidak pasti apa hukumnya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan baharu ketika ini akan melaksanakan pentadbiran lebih cekap dengan mengikut sistem termasuk saluran dan perundangan sedia ada.

“Pada PRU14 rakyat telah menunjukkan protes mereka dengan menukar kerajaan kerana tidak bersetuju dengan cara pemerintahan kerajaan lama.

“Oleh itu, sebagai kerajaan baharu, kita akan mentadbir negara ini dengan penuh adil dan mengikut saluran undang-undang yang betul,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanwang percuma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

60 Peratus Manifesto PH Sudah Ditunaikan – Guan Eng

Next Post

“Ampun Tuanku, Patik Kurang Setuju…”

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

"Ampun Tuanku, Patik Kurang Setuju..."

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd