• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ampun Tuanku, Patik Kurang Setuju…”

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENULARAN video murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin mendapat perhatian semua pihak, tidak terkecuali Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam entri di akaun Twitter hari ini, baginda memuat naik pandangan peribadinya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, tidak menjadi satu kesalahan untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam apa bahasa sekalipun kerana keutamaan adalah semangat patriotisme.

“Bagi saya, lagu kebangsaan kita ‘Negaraku’ dengan rasminya dinyanyikan dalam bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita tetapi tidak salah kalau dinyanyikan dalam bahasa dialek Cina, Arab, Hindi, Tamil, Inggeris dan sebagainya, asalkan dinyanyikan dengan penuh semangat patriotik dan kebanggaan,” ciapnya.

Hantaran itu bagaimanapun mengundang respons netizen yang tidak sependapat dengan baginda dan menekankan bahasa adalah satu elemen untuk menjalinkan muhibah antara masyarakat.

“Ampun tuanku. Saya kurang setuju. Lihat Singapura, walaupun 90 peratus bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, lagu Kebangsaan tetap dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Jelas sekali, bahasa adalah satu elemen untuk menjalinkan muhibah, tuanku. Negaraku mesti bahasa Melayu. Wajib. Ampun tuanku.

“Kalau untuk menghayati, boleh saja diterjemahkan dan diajarkan tapi tidak patut dinyanyikan dalam bahasa lain. Ampun Tuanku, saya berbeza,” ciap @rosetamj pula.

Selain @rosetamj, pengguna lain laman sosial itu turut menyokong pandangannya kerana menyifatkan rakyat Malaysia yang gagal menyanyikan lagu Negaraku adalah seorang yang sungguh memalukan.

“Ampun tuanku, pada pandangan saya sebagai rakyat Malaysia, adalah sangat memalukan jika sebagai rakyat, kita gagal menyanyikan, memahami lagu kebangsaan Malaysia dalam bahasa Kebangsaan.

“Bahasa jiwa bangsa. Bangga dengan bahasa kebangsaan kita sendiri,” ciapnya.

Kata @kucaufatin pula, “Ampun tuanku. Patik yang hina tidak bersetuju. Lagu Negaraku berfungsi sebagai penyatuan rakyat Malaysia berbilang kaum, Tuanku. Jika dinyanyikan dalam bahasa lain, ia mencabar perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ampunkan patik, tuanku.”

Hantaran baginda sehingga kini dihujani pelbagai komen daripada netizen di mana ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersependapat. – Sinar Harian

Tags: lagu kebangsaanlagu negarakuRaja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Konvokesyen UTM Ke-70

Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Konvokesyen UTM Ke-70

14/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen...

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

05/11/2026
0

KLUANG - Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi bantuan kepada seorang pemuda yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd