• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kesan Negatif Bina 4 Kapal LMS Di China – MinDef

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk membina kapal misi pesisir (LMS) di China tidak membawa kesan negatif kepada rundingan berkaita pemindahan teknologi dan pengetahuan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan, hasil kajian dan penelitian kerajaan mendapati keputusan itu tidak akan memberi impak dari segi kebergantungan Malaysia kepada China.

Ini kerana, menurut kenyataan itu, kerajaan China telah bersetuju untuk melaksanakan program pemindahan teknologi dan pengetahuan kepada Malaysia menerusi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS).

Ini termasuk oleh syarikat vendor yang dikenal pasti sama ada dalam bidang Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dan sokongan logistik walaupun binaan empat LMS berkenaan dilaksanakan di negara itu.

“Perkara ini dapat mendokong keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menyelenggara dan membaik pulih aset strategik negara, serta pada masa sama mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap negara luar.

“Perlu ditekankan, kontrak perolehan yang ditandatangani ini adalah antara kerajaan Malaysia dan BNS,” kata kenyataan itu kepada media, hari ini.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan menyerahkan empat kapal LMS TLDM kepada syarikat China.

Beliau menyifatkan tindakan Mohamad Sabu dengan persetujuan Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit dan tidak berpandangan jauh.

Ini kerana, katanya, ketika Barisan Nasional (BN) memerintah, kerajaan itu telah berunding dan bersetuju dua kapal LMS akan dibina di Malaysia oleh Boistead Naval Shipyard Sdn. Bhd, iaitu anak syarikat Boustead Holding Bhd. (BHB) milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Kata kenyataan itu lagi, walaupun LMS dibuat di China, kerajaan Malaysia tidak akan kehilangan kerja berkemahiran tinggi kerana pihak BNS memastikan kemahiran tersebut kekal di situ.

“Sekiranya terdapat keperluan, pekerja berkemahiran tinggi ini boleh mendalami ilmu masing-masing menerusi pemindahan teknologi dan penempatan kerja.

“Kaedah ini boleh memastikan negara mendapat kelebihan kepada peningkatan kerjaya dalam bidang-bidang kemahiran tinggi,” katanya.

Kontrak perolehan empat kapal Littoral Mission Ship (LMS) antara kerajaan Malaysia dan BNS telah ditandatangani pada 23 Mac 2017.

Kontrak bernilai RM1.048 bilion itu akan dilaksanakan dalam tempoh empat tahun bermula 2017 sehingga 2021.

Perancangan asal adalah bagi pembinaan dua unit LMS di negara China dan dua lagi dibina di Malaysia oleh BNS.

Namun, mengambil kira situasi kewangan semasa negara dan bagi melaksanakan langkah penjimatan, kerajaan pada Oktober 2018 telah bersetuju untuk keempat-empat unit LMS ini dibina di negara China.

Di samping itu, BNS juga masih mendapat peluang dan manfaat melalui projek pembinaan LCS yang sedang dibina di Lumut, Perak. – MalaysiaGazette

Tags: Boistead Naval ShipyardChinaKapal LMSMindef
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akta Lindungi Lelaki: Senator PKR Mohon Maaf

Next Post

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Nor 'Phoenix' Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd