• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruslah Berada Di Rumah, Bantu Kekang Covid-19

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas pengumuman berita baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS (Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) oleh kerajaan semalam, kini hampir semua golongan boleh menarik nafas lega.

Pakej yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu antara lain bagi menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan walaupun terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Antara langkah tambahan yang diambil ialah peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Ia juga termasuk semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan dengan kerajaan mewujudkan Geran Khas Prihatin berjumlah RM2.1 bilion.

Justeru, apa yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia kini?

Teruslah berada di rumah dan ikuti peraturan PKP fasa dua yang masuk hari ketujuh hari ini bagi membantu usaha mendatarkan graf peningkatan kes penyakit itu seterusnya mencapai sifar jangkitan Covid-19 di negara ini.

Hari keenam PKP fasa lanjutan semalam menyaksikan jumlah individu yang ditahan kerana ingkar di seluruh negara meningkat sebanyak 51 peratus kepada 554 orang semalam berbanding 368 orang pada Sabtu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peningkatan angka itu mungkin kerana ramai yang mengambil kesempatan keluar (rumah) sempena hari minggu.

Ini suatu yang dikesali kerana hujung minggu bukanlah masa untuk rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai kerana pihak barisan hadapan sedang bertungkus-lumus tanpa mengira jam dan minit bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 ini dapat diputuskan.

Walaupun berita baik iaitu jumlah pesakit sembuh dari Covid-19 menyaksikan angka tertinggi semalam iaitu 239 orang, ia sepatutnya menjadi pemangkin semangat untuk rakyat Malaysia terus berada di rumah dan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang PKP.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covif-19 dan telah discaj dari wad adalah 1,241 kes setakat semalam.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam juga, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,793 kes.

Manakala bagi proses penyahkuman di tempat awam, setakat ini 56 kawasan di sembilan negeri termasuk 27 di Johor dan enam di Sarawak telah melalui proses itu.

Kementerian Luar pula memaklumkan seramai 6,749 rakyat Malaysia yang terkandas di 51 negara telah berjaya dibawa pulang ke tanah air setakat jam 6 petang semalam.

Usaha kerajaan bagi memastikan negara segera bebas dari cengkaman wabak Covid-19 semakin hari semakin hebat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin.

Tanggungjawab rakyat kini ialah menyokong barisan hadapan negara dengan terus berada di rumah dengan mengambil segala langkah pencegahan termasuk memastikan kebersihan diri dan memastikan jarakan sosial jika perlu berada di luar rumah.

Tags: Covid-19Pakej PRIHATINperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Afrika Digugur Lokasi Ujian Vaksin Covid-19 – WHO

Next Post

Jumlah Kes Positif COVID-19 Di 2 Flat Masjid India Serius

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Jumlah Kes Positif COVID-19 Di 2 Flat Masjid India Serius

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd