• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Semula Cadangan Gabung UniSZA Dan UMT

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pusat diminta mengkaji semula cadangan penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan mengambil kira kesan kepada semua pihak.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain kajian semula, semua pihak perlu mendapat penjelasan berhubung keperluan untuk menggabungkan dua universiti awam itu.

“Kerajaan bekerja bersama rakyat. Justeru, perlu ada penjelasan kepada awam mengapa perlu penggabungan universiti ini terutama membabitkan pihak berkepentingan.

“Sekiranya tidak digabungkan, adakah terdapat usaha lain yang boleh diambil misalnya daripada segi perkongsian kemudahan atau sumber dengan cara tertentu yang boleh mengelak implikasi kos hasil penggabungan itu,” katanya ketika diminta mengulas berhubung isu penggabungan dua universiti itu hari ini.

Ahmad Samsuri ditemui media selepas menghadiri sesi Walk Through Bengkel Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promamade.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun universiti itu bukan di bawah kerajaan negeri tetapi keputusan itu mungkin mendatangkan impak kepada kakitangan universiti berkenaan.

“Kedua-dua universiti ini bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri tetapi beroperasi di Terengganu. Ia serba sedikit memberi kesan kepada kita,” katanya.

Terdahulu, jemaah menteri yang bermesyuarat pada 4 September lalu bersetuju secara prinsip berhubung penggabungan UMT dan UniSZA.

Menurut Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, penggabungan itu adalah satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi dan penting bagi memantapkan lagi keupayaan universiti dalam meningkatkan kedudukan sosioekonomi selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. – Sinar Harian

Tags: Ahmad samsuri mokhtarTerengganuUMTUniSZaUniversiti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Turun Sebab Kuasa Pasaran, Bukan Boikot – Saifuddin

Next Post

Jangan Jadi Khadam Musuh Islam

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Next Post

Jangan Jadi Khadam Musuh Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd