Tasik Di India Dikeringkan Kerana Takut Virus HIV

NEW DELHI – Pihak berkuasa mengepam keluar air dari sebuah tasik di selatan India bagi meredakan kebimbangan penduduk bahawa air tasik berkenaan mungkin tercemar susulan penemuan mayat seorang wanita dijangkiti HIV, kata seorang pegawai tempatan kelmarin.

Virus HIV tersebar menerusi hu-bungan seks, darah tercemar dan da-ripada ibu yang dijangkiti kepada bayi di dalam rahim atau melalui susuan badan.

Bagaimanapun, kebimbangan penduduk berhubung penemuan seming-gu lalu itu mengakibatkan mereka menuntut supaya air tasik itu dikeringkan, kata pegawai berkenaan, Naveen Hullur.

“Kami cuba sedaya upaya untuk meyakinkan penduduk kampung bahawa kami akan menguji air tasik itu tetapi mereka berdegil, malah enggan mendekati lokasi tersebut, kata Hullur.

Tasik berhampiran Kampung Morab di negeri Kartanaka itu meliputi kawasan seluas 13 hektar dan menjadi sumber air minuman kepada lebih 1,000 penduduk kampung.

Operasi mengeringkan tasik itu berlangsung selama empat hari manakala air baharu dari sebuah terusan berdekatan akan dialirkan masuk dengan proses itu pula dijangka memakan masa sehingga lima hari, tambah Hullur tanpa memberikan butiran lanjut. – Reuters/Kosmo Online

Loading...