• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Dibenarkan Keluar Masuk Selangor, KL, Putrajaya

oleh
13/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak dibenarkan. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang perlu merentas negeri dan daerah perlu mengemukakan kad pekerja atau surat majikan bagi melepasi sekatan jalan raya. 

“Pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. 

“Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja, bagaimanapun kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah (work from home),” katanya dalam sidang media harian hari ini. 

Katanya, bagi mereka yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur untuk ke negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

“Selain itu, individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang juga perlu mendapatkan kebenaran daripada polis,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengesahkan hanya dua orang saja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan lain. 

“Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Bakal Penerima Utama Vaksin COVID-19 China

Next Post

Senarai SOP Sepanjang PKPB Selangor, KL, Putrajaya

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Senarai SOP Sepanjang PKPB Selangor, KL, Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd