Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ary Malik Kini Kritikal...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Ary Malik berada dalam keadaan kritikal selepas...

Polis Sandakan Kesan 2...

SANDAKAN - Polis Sandakan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh...

32,238 Pekebun Kecil Risda...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhabaran...

Kenapa Malaysia Tidak Dijemput?...

DARI FB NAJIBMELAWAN perubahan iklim dan pencemaran adalah antara janji dan agenda utama...

Syria Rekodkan Kes Pertama Covid-19

AMMAN – Kerajaan Syria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19) selepas seminggu menafikan tuduhan pembangkang yang wabak itu sudah memasuki negara berkenaan.

Menteri Kesihatannya, Nizar Al-Yaziji memberitahu media tempatan bahawa langkah sewajarnya sudah diambil terhadap seorang wanita berusia 20 tahun yang dikenakan kuarantin selama 14 hari dan pemeriksaan kesihatan.

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, ibu negara Syria, Damascus kini menguatkuasakan larangan menaiki pengangkutan awam sejak semalam begitu juga dengan perintah berkurung dan penutupan sekolah, taman awam, restoran dan institusi awam.

Pasukan tentera juga dikerah untuk melakukan kawalan dan rondaan.

Menurut laporan media tempatan, Presiden Syria, Bashar Al Assad memaklumkan penangguhan hukuman untuk tahanan penjara bermula semalam sebagai langkah untuk mengelakkan kesesakan yang akan meningkatkan risiko jangkitan wabak.


Antara langkah lain adalah penutupan bakeri di seluruh negara namun pembekal akan membuat penghantaran terus ke rumah bagi mengelak orang ramai berkumpul ketika menunggu pesanan.

Dalam pada itu, Agensi Ketenteraan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah meningkatkan aspek keselamatan di hospital dan mengeluarkan arahan supaya segala aktiviti berkaitan sukan dan lain-lain lagi diadakan di tempat tertutup.

“Kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan anggota dan ahli keluarga mereka di kawasan perumahan antaranya dengan mengarahkan memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan,” katanya dalam satu kenyataan media. – Agensi

Kategori