• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Tempelak Syed Husin

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membidas gesaan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali, yang mendesak peralihan kuasa pentadbiran negara dilakukan segera.

Beliau berkata, kenyataan Syed Husin yang mahu pentadbiran negara diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu antara lain disifatkan tidak bertanggungjawab dan terpesong daripada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana, katanya, tiada langsung tempoh dua tahun ditetapkan bagi peralihan jawatan Perdana Menteri dinyatakan dalam dokumen ditandatangani Majlis Presiden PH.

“Kalau tiada, mengapa ada cubaan berbohong kepada rakyat? Kenapa mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad letak jawatan sekarang walhal perkara ini tidak pernah dipersetujui kami?

“Di mana Syed Husin semasa perbincangan ini berlaku? Mungkin dia lebih tahu daripada kami semua yang terbabit dalam Majlis Presiden PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Syed Husin mendakwa hasrat Dr. Mahathir untuk berundur daripada jawatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh PH kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan.

Beliau dilapor berkata, kenyataan Dr. Mahathir dalam dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, baru-baru ini, menyebabkan beliau secara peribadi tidak mempercayai Dr. Mahathir.

Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda PH, berkata serangan berkenaan menimbulkan persepsi ada tangan ghaib mahu porak peranda negara supaya Dr. Mahathir didesak meletakkan jawatan, selain ia menimbulkan spekulasi tidak perlu dan tidak diingini.

Katanya, Dr. Mahathir perlu diberikan ruang untuk mentadbir negara dan berundur secara terhormat kerana beliau dipilih oleh rakyat, sebaliknya bukan sentiasa menggesa supaya Ahli Parlimen Langkawi itu melepaskan jawatannya secepat mungkin.

“Rakyat dahagakan pembaharuan dan penambahbaikan, bukan obsesi transisi, perebutan kuasa dan politik sabotaj. Obsesi transisi dan ‘excessive politicking’ memusnahkan impian kerajaan untuk membawa reformasi menyeluruh dan memulihkan ekonomi negara.

“Apabila Tun Dr. Mahathir sedang meyakinkan pelabur di luar negara, selain sibuk memperkasakan institusi semak imbang dan keadaan jerebu menyelimuti Malaysia, isu transisi dibangkitkan lagi.

“Cukuplah, bagaimana kita semua mahu melangkah ke hadapan apabila ada tangan ghaib mahukan kita untuk gagal?” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan Syed Husin sama ada Kabinet, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga perlu dipersalahkan jika negara rosak ketika di bawah pentadbiran Dr. Mahathir.

“Kalau Tun M terpaksa dipersalahkan dalam semua perkara, adakah ia juga bermaksud beliau boleh ‘claim all credit’ dalam segala pembangunan negara yang berlaku semasa 22 tahun pentadbirannya?

“Tiada pemimpin bebas daripada melakukan kesilapan. Persoalannya, kenapa kita cuba sabotaj usahanya sekarang untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara? Adakah desakan untuk beliau letak jawatan secepat mungkin akan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara?

“Seharusnya, setiap bual bicara, idea dan karangan rencana kita semua menjurus kepada pembangunan negara dan menyumbang kepada masyarakat. Jika tidak, pendamkan saja niat memburukkan seseorang,” katanya. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadPKRSyed Husin AliSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Maut, Seorang Parah Kemalangan Libatkan 6 Kenderaan

Next Post

Kenapa IPTA Jadi Alat Politik Anjur Kongres Maruah Melayu?

Related Posts

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu...

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Next Post

Kenapa IPTA Jadi Alat Politik Anjur Kongres Maruah Melayu?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd