Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Usah Gadai RUU 355...

CYBERJAYA - Ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokong usul pindaan Rang Undang-Undang...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Beruas, Perak kekal 38...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR – Ringgit gagal meneruskan kenaikan semalam apabila diniagakan rendah pagi ini...

Penjawat Awam Tanggung Kerugian...

KUALA LUMPUR - Kerugian yang dialami golongan penjawat awam akibat membeli rumah daripada...

2 Maut, Seorang Parah Kemalangan Libatkan 6 Kenderaan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan dan wanita warga India maut manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 12.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V, G. Thiyagarajan, 36, manakala penumpangnya, Kathiresan Sudha, 35, yang berasal dari Tamilnadu, India meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi lelaki yang juga penumpang yang menaiki kenderaan sama berusia 20-an mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, ketika kejadian kesemua kereta dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta Perodua Myvi gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Pada masa sama datang empat buah kereta iaitu Honda City, Volkswagen Jetta, Audi A4 dan BMW 328i tidak sempat mengelak terus berlanggar antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd. Taib berkata, akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang kereta Honda CR-V meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada anggota badan dan kepala manakala seorang lagi penumpang cedera parah.

Jelasnya, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kemalangan itu turut melibatkan empat lelaki mengalami kecederaan ringan serta lima lelaki terselamat dan mereka berusia dalam lingkungan 20-an.

Mohd. Taib berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihaknya mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategori