• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Mohon Dibicara

oleh
22/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini di atas tuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta pada 2020.

Selain itu, beliau berhadapan tuduhan menyalah guna harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000.

Syed Saddiq, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua tuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan di dalam kapasiti tersebut telah dengan diamanahkan penguasaan dana Armada melakukan pecah amanah ke dana itu.

Beliau dituduh melakukan pecah amanah jenayah dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui satu cek tanpa kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral di sini pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Syed Saddiq didakwa telah curangnya menyalahguna harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000 yang dikutip menerusi akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada.

Beliau didakwa berbuat demikian antara 8 April 2018 sehingga 21 April 2018 di Maybank Islamic Berhad yang beralamat di No 16 & 16A, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini.

Pendakwaan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin.

Beliau memohon syarat lain iaitu meminta pasport tertuduh diserahkah kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan.

“Kami juga mohon syarat iaitu satu perintah agar tidak mengeluarkan komen yang boleh menjadi subjudis berkenaan kes itu kepada media.”

Namun peguam bela Gobind Singh Deo memohon jumlah jaminan dikurangkan dan membantah syarat-syarat tersebut.

Katanya, jumlah jaminan dan syarat-syarat berkenaan adalah tidak munasabah.

Beliau juga memohon agar jaminan itu dibayar secara berperingkat.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah untuk simpanan dan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Mahkamah juga membenarkan permohonan agar jumlah jaminan dibayar secara berperingkat dengan RM50,000 pada hari ini manakala bakinya selewat-lewatnya pada S27 Julai depan.

Bagi pertuduhan menyalahguna harta, ditetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan ditetapkan pada 10 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: armada bersatupecah amanahSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Pemberian Vaksin Lebih 15 Juta Dos

Next Post

Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Semalam

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

Next Post

Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Semalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd