• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Syarat Baru E-hailing Tak Adil Bagi Kami” – Pemandu OKU

oleh
01/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemandu kelainan upaya perkhidmatan e-hailing mengadu berdepan kesukaran dengan keputusan kerajaan mewajibkan mereka mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Harvinder Kaur, orang kelainan upaya (OKU) yang mendaftar sebagai pemandu e-hailing berkata syarat PSV menjadi halangan bagi individu seperti beliau untuk mencari pendapatan.

“Apabila mereka mengumumkan OKU boleh memohon menyertai perkhidmatan e-hailing, ia adalah berita terbaik bagi kami. Ia bermakna ada satu lagi cara untuk memperoleh pendapatan kerana sukar untuk mendapat kerja dalam dunia korporat.

“Tetapi, peraturan PSV menjadi halangan untuk mami terus memandu,” kata bekas aktivis itu kepada FMT.

Pada 14 Jun lalu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan pengusaha e-hailing bersetuju mengecuali bayaran RM320 untuk lesen PSV bagi pemandu OKU sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pemandu OKU diminta mula memohon pada 27 Jun lalu bagi memastikan mereka mampu melengkapkan latihan memandu dalam talian selama 6 jam untuk membolehkan mereka menduduki ujian PSV hari ini.

Harvinder, bekas pesakit polio dan bekas setiausaha Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia, berkata syarat itu tidak adil kerana individu normal diberikan tempoh sehingga 12 Julai ini untuk menjalani ujian PSV.

“Kami tidak faham kenapa kami perlu menduduki ujian lebih awal. Daripada apa yang saya dengar ujian PSV sangat susah. Saya rasa kita perlu diberikan lebih banyak masa untuk belajar sebelum mengambil ujian itu.”

Wanita itu berkata, pemandu OKU juga tidak patut diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kami membawa kad OKU selepas disahkan pakar perubatan kerajaan. Hanya selepas pakar mengesahkan jenis ketidakupayaan anda, baru Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan kad kepada anda.”

Aktivis, Anthony Thanasayan yang berkerusi roda turut menggesa menteri pengangkutan mengkaji semula keputusan untuk pemandu OKU menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kenapa paksa mereka lalui ini lagi apabila mereka sudah disahkan? Tahukah anda jenis kesusahan yang mereka perlu lalui untuk pergi ke hospital?” soalnya.

Beliau berkata, ramai pemandu OKU mungkin tidak bersedia menduduki ujian PSV hari ini.

Kira-kira 30 pemandu OKU berhimpun di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 27 Jun lalu dan menyerahkan memorandum kepada Loke untuk mempertimbangkan beberapa syarat bagi golongan itu mendapatkan lesen PSV. – FMT

Tags: e-hailinglesen psvOrang Kelainan UpayaPemandu OKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nombor Plat ‘TMJ’ Ditanya Di Parlimen

Next Post

273 Pelajar, 3 Guru Menjadi Mangsa Pencemaran Semalam

Related Posts

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

04/11/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka...

300,000 Pelajar Lepasan SPM Pilih Kerja Kilang, E-hailing

300,000 Pelajar Lepasan SPM Pilih Kerja Kilang, E-hailing

29/05/2023
0

KUALA LANGAT: Hanya sekitar 40 pe ratus daripada purata 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direkod melanjutkan pengajian ke peringkat...

Next Post

273 Pelajar, 3 Guru Menjadi Mangsa Pencemaran Semalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd