• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Kontrak RM10 Juta PKR Tak Sah

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr. Chong Fat Full mendakwa surat kontrak ganti rugi RM10 juta yang ditandatangani bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa menjadi calon parti itu adalah tidak sah.

Katanya, perbuatan itu bertentangan dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan melangar hak untuk berpersatuan. Malah sehingga kini, beliau masih belum menerima apa-apa surat berkaitan tindakan berhubung perkara terbabit.

“Sebenarnya kalau ikut perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, surat kontrak ganti rugi RM10 juta yang dikenakan terhadap calon PKR yang keluar parti adalah tidak sah.

“Ada beberapa faktor yang menyebabkan ia tidak sah termasuk melanggar hak berpersatuan.

“Malah, ada satu kes di Mahkamah Tinggi yang memutuskan peraturan PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada tahun 1992 menghalang wakil rakyatnya, Nordin Salleh yang melompat parti, melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Malah ada satu lagi perkara, yang saya ingat surat kontrak terbabit tidak mempunyai tarikh,” katanya ketika dihubungi.

Dr. Chong berkata, petisyen yang dibuat terhadapnya adalah suara pihak yang berkepentingan dan bukan suara sebenar rakyat di Dun Pemanis.

Tambahnya, beliau hanya berpegang kepada angkat sumpah yang dibuat sebagai salah seorang Pengerusi Jawatankuasa negeri yang berkhidmat kepada raja dan rakyat.

“Negara kita ada kebebasan bersuara asalkan jangan langgar undang-undang. Saya senang saja, bila sudah angkat sumpah (pelantikan exco) itu, kita berkhidmat untuk rakyat dan raja.

“Di dalam akuan sumpah itu tidak sebut mengenai parti pun,” katanya. – BH Online

Tags: ADUN Johorchong fat fullPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan parti itu akan bertanding secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd