• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita stesen RTM, Norashikin Abdul Rahman, pada pagi Rabu lalu.

Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd. Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan diraja tersebut diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri.

Beliau berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor, Dr. Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd. Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin

Isteri baginda iaitu Norashikin merupakan bekas seorang pramugari sebelum menjadi penyampai berita televisyen. Turut hadir pada majlis ini ialah bapa dan ahli keluarga pengantin perempuan.

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa pada 2005 lalu.

Baca: Ini Biodata Isteri Sultan Selangor, Norashikin

Lagi: Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda Rai Penikahan Ayahanda

ijab 1

ijab 2
GAMBAR Ijabkabul Tuanku pada 31 Ogos lalu
Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM
Norashikin Abdul Rahman (kanan).

Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM

Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema’ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Disember 1945 merupakan Sultan Selangor ke-9 sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Terdahulu, Sultan Selangor pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal namun berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu, pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah itu, baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera bernama Tengku Amir Shah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sultan Selangor
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd