• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Terima Replika Kayu Harley Davidson

oleh
10/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERAFAK SEMBAH… Sultan Johor baru-baru ini menerima sebuah hadiah ukiran kayu berbentuk motosikal berkuasa tinggi jenis Harley-Davidson daripada komuniti India negeri tersebut.

Replika berkenaan yang diukir khas dengan berat 500 kilogram menyerupai model keluaran buatan Amerika Syarikat itu diterima oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada kelmarin.

Memetik laman sosial Facebook rasmi baginda semalam, ia dihadiahkan oleh S. Deva yang juga ketua masyarakat India Daerah Johor Bahru mengambil inspirasi daripada program tahunan Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Beliau yang sering mengikuti KMJ sejak lima tahun lepas kemudian menghasilkan replika tersebut dengan kayu yang diimport dari Indonesia malah dikatakan mengambil masa selama hampir enam bulan untuk disiapkan.

Replika terbabit yang berdasarkan idea daripada Deva sendiri sambil dibantu oleh rakannya, Vijay, pemilik syarikat Kumpulan Bergamo kebetulan dengan pengalaman selama 17 tahun dalam industri perkayuan tempatan.

Pada 15 Januari lalu, Sultan Ibrahim menerima hadiah replika kereta siri kartun popular kegemaran baginda iaitu Flintstones daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Harley DavidsonSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sejarah Tercatat Di Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang

Next Post

Pakistan Larang Rakyat Sambut Hari Valentine

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

Pakistan Larang Rakyat Sambut Hari Valentine

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd