Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Faizal Tahir Menang Lagu...

KEMUNCULAN semula artis bervokal tinggi, Faizal Tahir menerusi Assalamualaikum ternyata bawa tuah dalam...

Dikompaun RM10,000, Shamsul Desak...

AYER KEROH - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar...

‘She Is My Good...

Semalam, satu entri di laman Instagram milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah...

Penglibatan Malaysia Dalam Misi...

BENTONG - Jemputan untuk menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu...

Sultan Johor Murka Tun M Persoal Bangsa Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor mengkritik keras kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak disetujui oleh bekas perdana menteri itu.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak berkenan baginda terhadap kenyataan Mahathir bahawa konon konsep tersebut akan memecah-belahkan perpaduan rakyat.

“Komen tidak wajar Mahathir ini menunjukkan beliau kurang pengetahuan mengenai sejarah Johor,” titah baginda kepada portal The Star Online.

“Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim telah mengadakan seruan kepada Bangsa Johor pada tahun 1920 untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di bawah satu panji.

“Ini demi mewujudkan kerjasama, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada kaum atau individu yang dipinggirkan. Visi almarhum ini terbukti benar.”

“Konsep Bangsa Johor ini malah telah diperkenalkan sebelum Mahathir dilahirkan lagi. Beliau tidak tahu apa yang beliau katakan,” titah Sultan Johor.

Baginda mengulas kenyataan Mahathir apabila ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk ‘Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pada Rabu.

Baca: Ungkapan Bangsa Johor, Rasa Bangga Diri Tidak Sihat

Juga: Sultan Johor Tegur Melayu Jadi Arab Tolak Adat Melayu

Lagi: MB Johor Tempelak Tun M Pertikai Bangsa Johor

Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

Mahathir berkata, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah misalnya kerana negara akan lebih makmur sekiranya semua bersatu.

Walaupun Johor boleh mempromosikan idea seperti ‘Bangsa Johor’ yang merupakan hak kebebasan, tetapi Mahathir berkata, tetapi ia tidak seharusnya menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

“Lagipun, kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama, etnik atau kedudukan,” kata Mahathir.


Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah lagi, Mahathir bukanlah orang yang sesuai untuk bercakap mengenai perpaduan kaum.

“Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu sendiri, manakala beta menyatukan rakyat Malaysia daripada semua kaum termasuk orang Melayu,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim menitahkan Mahathir agar perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan jati diri unik mereka tersendiri tetapi ia tidak bermakna mereka akan melupakan Persekutuan.

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka beta menasihatkan beliau supaya tutup mulut.”

Sultan Ibrahim bertitah, Mahathir meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.

“Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita, Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.

“Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri beta. Beta tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau,” titah Sultan Johor. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori