• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Kurnia Pesawat Kepada UTHM

oleh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HADIAH… Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah pesawat jenis Amphibious kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pesawat model Lake Renegade LA-270 buatan Amerika Syarikat itu dihadiahkan baginda sebagai tanda sokongan kepada Program Teknologi Kejuruteraan Aeronautik yang ditawarkan oleh pihak UTHM selama ini.

“Saya difahamkan bahawa program ijazah sarjana muda ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia malahan juga satu-satunya program yang ditawarkan di rantau Asia Tenggara.

“Malah, di seluruh dunia hanya terdapat empat sahaja universiti yang memiliki gabungan program tersebut,” titah Sultan Ibrahim Sempena Ulang Tahun Ke-25 UTHM di Batu Pahat, hari ini.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM turut bersetuju supaya landasan kapal terbang lama di Tanjung Labuh dibangunkan semula serta dijadikan pusat latihan penerbangan untuk pelajar UTHM.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pihak kerajaan Persekutuan untuk dapat memberi sokongan dan bantuan bagi menjayakan program ini secepat mungkin.

“Program Aeronautik ini bukan sahaja dapat melonjakkan nama UTHM, tetapi juga membuka peluang yang besar dalam pembangunan industri aeronautik di negara ini,” titah baginda.

Turut hadir pada majlis sambutan Jubli Perak universiti tersebut ialah Pro-Canselor UTHM, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Sultan JohorUTHM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5.2 Juta Kanak-Kanak Yaman Di Ambang Kebuluran

Next Post

‘Tukang Panggang’ Kucing Mengaku Tidak Bersalah

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

'Tukang Panggang' Kucing Mengaku Tidak Bersalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd