Sultan Johor Bayar Zakat RM5 Juta, Wakaf Tanah

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta pada tahun ini dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot yang turut disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Pada majlis itu juga, baginda turut berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 1024.487 meter persegi.

Tanah tersebut adalah untuk tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing. – K! ONLINE

Loading...