• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sufian Tidak Lagi Menaruh Harapan Terhadap Elfira

oleh
22/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengalami kegagalan dalam pertunangan, Sufian Suhaimi mengakui tidak lagi menaruh sebarang harapan untuk hubungan dengan aktres, Elfira Loy kembali pulih.

Malah, penyanyi berusia 26 tahun itu juga dilihat seperti sudah serik untuk mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira meskipun masih mahu terus berkawan.

“Orang kata kalau kita mengharap yang lebih, kita akan lebih terluka. Biarlah selepas ini kami menjadi sahabat sahaja,” katanya seperti dipetik sebuah portal online, hari ini.

Menurut Sufian, dia menerima dengan hati terbuka keputusan yang dibuat oleh keluarga bekas tunangannya itu, meskipun ia telah menoktahkan impian pasangan itu untuk hidup bersama sebagai suami isteri.

“Terputusnya ikatan pertunangan kami atas perbincangan keluarga dua belah pihak. Walaupun saya sudah sangat bersedia untuk menjadi seorang suami, sudah pindah ke rumah baharu untuk memulakan kehidupan berkeluarga semenjak bulan lalu, saya tetap reda dengan keputusan ini.

“Saya dan Elfira sentiasa percaya dalam kehidupan, apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu bapa mempunyai hikmah tersendiri untuk kita sebagai anak,” kata Sufian.

Ketika ditanya mengenai punca putusnya tali pertunangan mereka, Sufian bagaimanapun tidak memberitahu secara tepat sebaliknya hanya menyatakan ia adalah hasil perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak.

Pun begitu memetik beberapa sumber, sebelum ini ibu Elfira iaitu Filzah Yusof membuat kenyataan media mengatakan ia diputuskan kerana dia tidak sanggup lihat anak gadisnya itu hidup susah selepas kahwin.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan lelaki jujur, beriman dan tahu jalan tanggung jawab sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” kata Filzah.

Sehingga kini, punca sebenar terlerainya hubungan kedua-dua pasangan itu masih belum dapat dikenal pasti.

Apa-apapun, kami di Mynewshub sentiasa mendoakan yang terbaik buat kedua-dua selebriti ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ElfiraElfira LoySufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasuah: Bekas COO Rapid Penang Didenda RM1.05 Juta

Next Post

Adegan Lawan Black Panther Guna Silat Harimau

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

Next Post

Adegan Lawan Black Panther Guna Silat Harimau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd