Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Thailand ‘Kantoi’ Sorok...

JITRA - Taktik dua lelaki warga Thailand menyembunyikan daun ketum dalam satu tangki...

Mahkamah Tetapkan 19 Januari...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan menetapkan 19 Januari ini, untuk mendengar permohonan Datuk...

“Kasut Emas? Mari Kepadaku”...

LIVERPOOL menamatkan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan selesa 4-0 di laman sendiri dalam...

Semua Parti Perlu Akur...

JOHOR BAHRU - Semua parti politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri...

Songlap RM1.5 Bilion: SPRM Tahan Adik Bekas Menteri

KOTA KINABALU – Hamid Apdal, adik Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan SPRM setelah beri keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Beliau ditahan di pejabat SPRM negeri tersebut kira-kira pukul 9.30 malam Selasa berkaitan kes penyelewengan peruntukan RM1.5 billion dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

Penahanan itu untuk membantu siasatan kes tersebut disahkan oleh pihak SPRM. Sebelum itu pada pukul 10.30 pagi, Hamid yang berusia 52 tahun dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Setelah itu, antara pukul 2.30 hingga 6 petang, sepasukan seramai lima pegawai dan anggota SPRM telah bertindak menggeledah rumah Hamid yang terletak di Taman Bersatu, Putatan dekat sini.

Baca: Adik Shafie Dipanggil SPRM, Reman Anthony Dilanjut

Kemudiannya pasukan SPRM tersebut kembali semula ke pejabat SPRM Sabah bersama-sama dengan lelaki berkenaan serta dilihat membawa beberapa dokumen berkaitan kes berkenaan.


Ia merupakan serbuan kedua di kediaman beliau selepas kali pertama pada malam Isnin. Abangnya, Shafie ialah bekas menteri di kementerian Persekutuan tersebut antara 2009 hingga 2015 lalu.

Hamid merupakan individu yang ketujuh berjaya ditahan untuk siasatan kes berprofil tinggi itu. Proses siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori