• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Komunikasi, Penyampaian Maklumat Kerajaan Bermasalah

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masalah dalam sistem komunikasi dan penyampaian maklumat berkaitan dasar kerajaan, menjadi antara punca banyak insentif disediakan kerajaan tidak sampai kepada rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas FAR Capital, Faizul Ridzuan, berkata perkara itu menyebabkan rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas berkaitan sesuatu perkara.

Sehubungan itu, beliau berkata, peruntukan bagi komunikasi amat penting untuk kerajaan memperkemaskan sistem penyampaian maklumat berkaitan insentif yang disediakan kerajaan dengan tepat.

“Sebelum ini kita ‘dimomokkan’ SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) lebih baik berbanding GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Sistem GST itu bagus, namun disebabkan kita tidak berkomunikasi dengan elok, maka orang rasa ia menekan.

“Lihat sahaja Singapura yang mengenakan GST sebanyak tujuh peratus, mampu memberi Geran Bantuan COVID-19 (CSG) untuk rakyatnya sehingga bulan Disember, disebabkan mempunyai rizab simpanan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Temu Minda: Belanjawan 2021 dan Anak Muda yang dihoskan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, yang disiarkan menerusi Facebook Live KKMM.

Turut ditampilkan sebagai ahli panel malam ini ialah Pengurus Serantau (Asia Pasifik) Internet Society, Aishah Shakirah Suhaidi.

Faizul, yang juga usahawan hartanah, berkata perkara sama turut berlaku dalam soal perumahan apabila rakyat sering membangkitkan tentang rumah mampu milik, sedangkan kerajaan menyediakan kemudahan itu.

Pada masa sama, beliau turut melihat Belanjawan 2021 sebagai belanjawan untuk orang muda, walaupun tidak dinyatakan secara jelas dan menyifatkannya lebih baik berbanding belanjawan sebelum ini.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi cadangan penubuhan Majlis Pekerjaan Malaysia yang bakal mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan, selain peruntukan RM1 bilion untuk 200,000 pelatih bagi program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau ‘reskilling and upskilling.’

Aishah Shakirah pula berkata selain bantuan kewangan, golongan muda khususnya mahasiswa memerlukan bantuan Internet yang mudah, laju dan selamat pada harga berpatutan untuk mengharungi pembelajaran dalam kebiasaan baharu.

Katanya kes seperti yang dihadapi penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin bukanlah kes terpencil tetapi banyak berlaku di seluruh negara yang memerlukan kerajaan memperluaskan kemudahan jalur lebar dengan lebih efisien. – BERNAMA

Tags: dasar kerajaanSistem Komunikasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkukuh Ekonomi Digital, Jadikannya Inklusif – PM

Next Post

Mayat Di Tengah Jalan Bangsar Ada Kesan Tetak

Related Posts

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

Peranan Media Dihargai, Menghubung Dasar Kerajaan Dengan Rakyat

Peranan Media Dihargai, Menghubung Dasar Kerajaan Dengan Rakyat

18/04/2023
0

Jalinan kolaborasi di antara agensi kerajaan dan pengamal media penting agar dasar yang digubal dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat,...

Next Post

Mayat Di Tengah Jalan Bangsar Ada Kesan Tetak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd