• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Dengan Rapi Kematian Gajah Pygmy Borneo

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini meminta Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) melakukan siasatan rapi tentang kematian enam gajah pygmy Borneo yang berlaku dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata jabatan itu juga perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak berlaku lebih banyak kejadian serupa yang mengancam nyawa hidupan liar serta membuat kajian tentang konflik manusia-gajah dan isu lain, termasuk aktiviti pemburu haram.

“Saya mengambil maklum daripada laporan berita bahawa punca kematian gajah ini sejak awal April dan 20 Mei, masih belum dikenal pasti.

“Kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) komited untuk menjaga dan memulihara hidupan liar serta sumber asli Sabah dan tidak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana kumpulan.

“Saya tidak mahu mendengar cakap semata-mata. Saya ingin melihat rancangan pemuliharaan secara jangka pendek dan jangka panjang disusun untuk dilaksanakan dengan pantas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Shafie berkata beliau ingin melihat SWD dan Jabatan Perhutanan Sabah bekerjasama rapat untuk melindungi hidupan liar dan hutan, di samping berganding bahu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan dengan segera koridor hutan, tanpa berasa bimbang tentang kepentingan perniagaan individu tertentu.

“Saya percaya rangkaian untuk melaksanakannya sudah ada, cuma sebelum ini tidak ada kesunggguhan untuk menjayakannya,” kata beliau.

Beliau juga meminta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Christina Liew segera diberi taklimat tentang keadaan semasa dan mencari jalan bagaimana semua langkah perlu dapat segera diambil bagi melindungi hidupan liar di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie Apdalgajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Lari Sekatan Jalan Dipenjara 5 Tahun

Next Post

Selesai Di Pekan, Najib Dah Pulang Ke KL

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

Next Post

Selesai Di Pekan, Najib Dah Pulang Ke KL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd