Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Cipta Rekod Manusia Pertama...

SEORANG bekas pelakon lagak ngeri dari Amerika Syarikat, Luke Aikins; 42, mencipta sejarah...

Gambar Peminjam Wang Disebarkan...

BERIBU-RIBU gambar bogel yang melibatkan pelajar wanita di universiti di China, yang dijadikan sebagai...

Kanak-Kanak Dijadikan Buruh Paksa...

SUNGAI SIPUT - Polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa...

Pegawai Imigresen Rogol Wanita...

ALOR GAJAH - Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Selesai Di Pekan, Najib Dah Pulang Ke KL

SELEPAS selesai program di Pekan, Pahang, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berangkat pulang ke ibu negara.

Beliau tiba di kediamannya di Jalan Duta kira-kira jam 1.17 petang selepas hampir tiga jam meninggalkan Pekan sambil diiringi beberapa pengiring.

Najib yang juga ahli parlimen Pekan dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagaimanapun pulang melalui jalan darat kerana tidak lagi diberi keistimewaan menggunakan pesawat kerajaan.

Beliau terdahulu memberi tahu perkara itu ketika berucap di hadapannya ribuan penyokongnya di Pekan Semalam.

“Pagi tadi saya menaiki kenderaan ke Pekan sebab tak ada lagi kapal terbang. Saya bertolak 9.30 pagi, sampai Pekan 12.10 tengah hari,” katanya semalam.

Program di Pekan merupakan acara pertama Najib di kubu kuatnya itu sejak memenangi Parlimen itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.


Petang ini, bekas Presiden Umno itu dijadualkan berbuka puasa bersama UMNO Pahang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau juga akan dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok  pada jam 9 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori