• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Tak Beri Wang Untuk Beli Undi Di Kimanis – SPRM

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal tidak melakukan sebarang kesalahan selepas sekeping gambar beliau memberi wang kepada orang ramai tersebar di media sosial.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat orang awam yang Shafie memberi wang secara terbuka sempena Pilihan Raya Kecil Kimanis.

“Berdasarkan siasatan awal, SPRM Sabah mendapati kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada 3 Januari 2020 di Sandakan sempena program pecah tanah pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan bukannya di Kimanis.

“SPRM Sabah juga mendapati kejadian itu merupakan program sedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam di Sandakan yang disempurnakan ketua menteri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Shafie dilaporkan berkata, gambar beliau memberi wang kepada orang awam tidak berlaku di Kimanis yang dalam tempoh berkempen.

Katanya, beliau memberi sumbangan kepada penduduk yang tinggal dekat masjid itu kerana mereka ialah golongan miskin dan bukannya pengundi di Kimanis.

Shafie menyifatkan dakwaan itu sebagai taktik kotor BN mencemarkan imejnya menjelang PRK Kimanis.

Katanya, sebagai ketua menteri Sabah, beliau tidak boleh berhenti menjalankan tugasnya hanya kerana PRK akan diadakan. – FMT

Tags: PRK KimanisSabahShafie ApdalSPRMwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TUDM Hentikan Semua Operasi Helikopter Nuri

Next Post

Imam Didakwa Tumbuk, Cekik, Pijak Isteri

Related Posts

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

Next Post

Imam Didakwa Tumbuk, Cekik, Pijak Isteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd