• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepuluh Lagi Ditahan Berhubung Insiden Rusuhan Di Kuil

oleh
04/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sepuluh individu lagi ditahan polis sehingga 8.00 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini pada Isnin dan Selasa minggu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dalam kenyataannya hari ini berkata, ini membawa kepada 68 individu yang ditahan setakat ini.

Mazlan berkata polis juga telah mengambil keterangan rakan sekerja Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden itu.

Dalam kejadian awal pagi Selasa lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu. Beliau kini dirawat di Institut Jantung Negara di ibu negara.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi kedua-dua hari berkenaan dilaporkan berikutan perbalahan mengenai pemindahan kuil itu ke tapak baharu.

Mazlan turut berkata pengendali laman blog Papa Gomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris pula telah dibebaskan.

“Dia dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas permohonan untuk mereman beliau buat kali kedua ditolak mahkamah,” katanya. Azri sebelum ini dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan video yang didakwa menaikkan sentimen perkauman. – BERNAMA

Tags: Rusuhan Kuil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sempadan Darat & Maritim Antara 3 Negeri Dikemas Kini

Next Post

Skuad Harimau Malaya Berlatih Di Stadium Kasetsart

Related Posts

2 Daripada 9 Saksi Tampil Bantu Siasatan Kes Adib

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua daripada sembilan saksi yang sedang dikesan polis tampil bagi membantu siasatan kes bekas anggota bomba Allahyarham...

Setahun Pemergian Adib, Keluarga Harap Kebenaran Terus Dicari

17/12/2019
0

ALOR SETAR - Keluarga Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim terus mengharapkan kebenaran di sebalik punca kematian dapat dicari...

Next Post

Skuad Harimau Malaya Berlatih Di Stadium Kasetsart

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd