• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sensitiviti Islam: UMNO Minta DAP Ambil Tindakan Atas Ronnie Liu

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOK LANAS – Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad meminta DAP mengambil tindakan ke atas Ronnie Liu Tian Khiew susulan satu hantaran di laman sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Katanya, kenyataan Ronnie yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya, mempersoalkan mengapa umat Islam tidak boleh bekerja di kilang minuman keras, disifatkan biadap dan mengguris hati umat Islam.

“Saya terpanggil dan kecewa apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan yang jelas menghina, biadap dan menggugat umat Islam dengan mempersoalkan larangan umat Islam bekerja di kilang minuman keras,” katanya ketika ditemui di sini.

“Sekiranya beliau tidak faham atau jahil dengan hal ehwal Islam, sebaiknya diam dan tidak mencampuri urusan agama Islam yang menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat melayu di Malaysia,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO nya.

Tegas Mohd Alwi, kenyataan Ronnie itu boleh membangkitkan kemarahan umat Islam kerana kejahilannya atau dengan sengaja mahu mencemar keharmonian dan kesucian Islam.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan DAP itu mempersoalkan mengapa umat Islam tidak boleh terlibat sama ada bekerja, menyentuh atau menghantar minuman keras.

Katanya, beliau faham, minum minuman keras adalah larangan dan haram bagi umat Islam namun beliau tidak faham kenapa bekerja di kilang minuman keras, juga tidak dibenarkan.

Mohd Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, Ronnie tidak faham bahawa Islam melarang umatnya terlibat sama ada mengangkat, menulis, menghantar atau apa jua urusan berkaitan minuman keras, apatah lagi bekerja di kilang yang menghasilkan minuman keras. – Astro AWANI

Baca: Wujudkan Kawalan, Etika Dalam Pengambilan Arak

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

Tags: DAPRonnie liu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd