• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Kabinet Diumumkan Isnin Ini – Sumber

oleh
07/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbul spekulasi bahawa senarai penuh Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan diumumkan Isnin ini.

Sumber memberitahu, ini kerana kesemua parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan senarai calon masing-masing bagi diangkat sebagai jemaah Menteri di bawah pimpinan Muhyiddin.

“Senarai Kabinet dijangka akan diumumkan Isnin, ini diikuti majlis angkat sumpah jawatan pada Selasa.

“Tan Sri Muhyiddin tak akan hold lama-lama senarai Kabinet sebab semua parti sudah bagi senarai calon mereka. Sekarang sudah peringkat akhir,” kata sumber tersebut.

Malah sumber itu memberitahu mesyuarat Jemaah Menteri turut akan diadakan Rabu ini sehari selepas upacara angkat sumpah di Istana Negara.

Dalam pada itu, sumber itu turut mendakwa sejumlah 56 jawatan akan diwujudkan merangkumi menteri penuh dan timbalan menteri.

Media semalam melaporkan pemerhati politik meramalkan beberapa bekas menteri kanan daripada UMNO akan mendapat tempat dalam Kabinet Muhyiddin.

Antaranya nama-nama yang disebut-sebut adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ramalan itu berdasarkan kepada pengalaman mereka menguruskan beberapa kementerian selain tidak terpalit dengan kontroversi murahan.

Mahdzir diramalkan akan diberi tanggungjawab menjaga portfolio pertanian atau luar bandar berdasarkan pengalaman menjadi exco pertanian dan kawasan diwakilinya.

Manakala Hishammuddin layak dipertimbang untuk menguruskan hal ehwal antarabangsa kerana dia ‘lulus’ ketika menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas dan sewaktu mengendalikan tragedi MH370.

Pemimpin PAS antara yang disebut-sebut adalah Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Takiyuddin Hassan dan beberapa orang lagi disebut-sebut layak memegang kementerian tertentu terutamanya menjaga hal ehwal agama yang sebelum ini dilihat menimbulkan kegusaran banyak pihak. – MalaysiaGazette

Tags: kabinetperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ku Li Menteri Kanan Kabinet Muhyiddin?

Next Post

Zahid Tak Mahu Jawatan Dalam Kabinet

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Next Post

Zahid Tak Mahu Jawatan Dalam Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd