• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semburan Nano Beralkohol Mampu Bunuh Virus

oleh
21/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Beberapa larutan disinfeksi yang mengandungi alkohol antara 70 hingga 90 peratus mampu membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan namun ia tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana, sesetengah larutan disinfeksi berkenaan boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

Mynewshub

“Selain larutan yang mengandungi alkohol, beberapa larutan seperti hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia serta larutan berasaskan klorin turut berkesan membunuh virus berkenaan.

“Namun Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist spray (alat penyembur nano) tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

“Untuk makluman, pada masa ini pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/R…,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alat penyembur nano adalah satu alatan semburan yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano dan ia dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuklah kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.

Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti ‘spray gun’, ‘handheld spray’sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pihak kementerian mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan alat penyembur nano sebagai alat disinfeksi.

“Alat penyembur ini mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan.

“Bagaimanapun, keberkesanan penggunaan alat penyembur nano ini untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat berkenaan untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan,” katanya. – BH Online

Tags: alat disinfeksiCovid-19KKMnano mist spraySARS-CoV-2
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Undi 18 Akan Dilaksana, Patuh Keputusan Mahkamah

Next Post

“Saya Ubah Fikiran, Bukan Ditekan” – Azhar

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

"Saya Ubah Fikiran, Bukan Ditekan" - Azhar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd