• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 8 Jam, Zahid Selesai Beri Keterangan Di SPRM

oleh
10/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini selepas lebih lapan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat badan antirasuah itu.

Ia dikatakan bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid, yang tiba pada 9.20 pagi, meninggalkan perkarangan bangunan itu pada kira-kira 5.40 petang.

Ketika diserbu wakil media tempatan dan antarabangsa, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menjawab ringkas: “Saya akan datang semula.”

Kira-kira sejam sebelum itu, anaknya Datuk Nurulhidayah dilihat meninggalkan bangunan berkenaan namun kelibat abang tiri Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi tidak kelihatan. Kedua-dua mereka turut dilihat memasuki bangunan itu pagi tadi.

Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter pada Isnin berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM. Beliau turut memberi keterangan kepada agensi berkenaan pada Julai lalu.

Wakil media tempatan dan antarabangsa berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM sejak 8 pagi untuk membuat liputan. — BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Pembangkang Bangladesh Dijel Seumur Hidup

Next Post

Anak Lelaki Thaksin Didakwa Terbabit Kes Pengubahan Wang Haram

Related Posts

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Next Post

Anak Lelaki Thaksin Didakwa Terbabit Kes Pengubahan Wang Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd