Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tunisia Tangkap 32 Militan...

TUNIS - Tunisia menangkap 32 militan, sebahagian daripada mereka baru pulang daripada berperang...

Kementerian Laksana Strategi Kukuh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melaksanakan...

Keterangan Kes Tular Rebut...

SEBERANG PERAI – Polis selesai merakamkan keterangan keluarga kedua-dua belah pihak berhubung kes...

Penerjun Putrajaya Base Jump...

PUTRAJAYA - Seorang peserta terjunan ekstrem sempena Putrajaya Base Jump berdepan detik cemas...

Selatan Australia Pecah Rekod Suhu Paling Panas

PANAS… Suhu di selatan Australia hampiri 48 darjah Celsius, sekali gus pecah rekod terdahulu ketika penduduk kepanasan terima bir percuma untuk harungi gelombang panas yang bersejarah.

Biro Kaji Cuaca Kebangsaan melaporkan suhu 47.9 darjah Celsius di utara Adelaide, manakala suhu dalam bandar raya Adelaide, ibu kota wilayah tersebut sudah cecah 46.2, dan ia berjaya atasi rekod paling panas sejak 1939.

Penduduk Adelaide sudah biasa dengan suhu bahang ketika musim panas hemisfera selatan, tetapi kali ini mereka terpaksa cari jalan menyejukkan diri daripada cuaca yang dianggap sebagai amat panas luar biasa.

Lebih 13 buah bandar seluruh wilayah Australia Selatan memecahkan rekod kepanasan, dengan beberapa negeri meramalkan akan melihat suhu mencapai 50 darjah Celsius lewat hari ini.

Ketika ribuan penduduk membanjiri pantai untuk menyejukkan diri dengan aktiviti luncur air, ratusan lagi kunjungi pusat beli belah yang berhawa dingin semata-mata untuk hindari kepanasan.

Keadaan itu turut ancam cuti panjang sempena perayaan Hari Australia yang disambut setiap 26 Januari, bagi peringati ulang tahun pendaratan British First Fleet di pantai Australia pada tahun 1788.


Suhu panas ekstrem turut menguji perkhidmatan perbandaran, dengan bas SunCity terpaksa kurangkan khidmat, menyebabkan penduduk terpaksa menaiki tram atau kereta api untuk pulang ke rumah.

Sementara itu, perkhidmatan kecemasan dalam keadaan berjaga-jaga apabila lebih 13 daerah berhadapan ancaman kebakaran hutan. — Agensi/Mynewshub.TV

Kategori