Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Rizab BNM Sebanyak RM439.81...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM439.81 bilion (bersamaan...

Kutuk Khidmat Grab, Blogger...

PASTI anda masih ingat lagi mengenai seorang pengguna Grab yang kisahnya pernah menjadi...

Kapal Dagang Bersauh Tanpa...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal dagang asing...

Pembantu Rumah Didakwa Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini...

Tunisia Tangkap 32 Militan Rancang Serangan

TUNIS – Tunisia menangkap 32 militan, sebahagian daripada mereka baru pulang daripada berperang di Syria, yang merancang beberapa serangan ‘besar-besaran’, menurut pihak berkuasa.

Berita penahanan itu dilaporkan sehari selepas Kabinet campuran yang diketuai Perdana Menteri, Habib Essid memerintah.

Kabinet baharu itu berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk kumpulan militan yang muncul selepas kebangkitan 2011.

“Pasukan antipengganas menggagalkan plot untuk melakukan serangan besar-besaran terhadap prasarana penting, termasuk Kementerian Dalam Negeri dan bangunan awam di ibu negara Tunis,” kata Mohammed Ali Aroui, jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

“Sejak tiga hari lalu, kami menangkap 32 pengganas daripada kumpulan yang merancang untuk menyerang sasaran di Tunis dan bandaraya lain,” katanya.


Beliau berkata, pasukan tentera membunuh militan Tunisia dan Algeria di Gunung Chaambi berhampiran sempadan Algeria.

Sejak kebangkitan pada 2011 di Tunisia yang menggulingkan rejim Zine El Abidine Ben Ali, negara itu menjadi penyumbang utama pejuang ke Syria. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=sV7jg7RMbzk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori