• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Malulah RUU Levi Pelepasan Macam Ini”

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim meluahkan rasa malunya dengan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Hassan ketika membahaskan RUU tersebut berkata, akta yang dibentangkan itu akan memberikan kesan terutamanya terhadap Jemaah Haji dan juga mereka yang ingin menunaikan umrah apabila dilaksanakan kelak.

“Saya ingin menimbulkan kesan yang cukup jelas iaitu jika kita luluskan levi pelepasan ini, yang akan terjejas dengan begitu ramai sekali iaitu Jemaah Haji yang melakukan Haji dan umrah bermula bulan Julai dan Ogos akan datang.

“Saya ahli Parlimen dari PH..saya nak sokong RUU ini, tapi ada syarat. Tentang Jemaah Haji ini, selama ini sejak merdeka rakyat mengerjakan Haji dan umrah tidak kena cukai pelepasan naik kapal terbang. Kenapa tiba-tiba sekarang? Saya malulah macam ini.

“Jadi Menteri fikir baik-baik rakyat di luar sana tak kira apa agama atau kaum. Takkan lah setahun kita jadi kerajaan, ini hadiah kita nak beri kepada rakyat Melayu?” katanya dan disokong oleh ahli-ahli Parlimen di blok pembangkang.

Justeru itu beliau mencadangkan supaya RUU tersebut memberikan pengecualian kepada sesiapa yang ingin mengerjakan urusan agama di luar negara.

“Saya faham bahawa kerajaan perlukan hasil, tapi ini cadangan saya. Bahagian enam iaitu pengecualian, saya mohon supaya dikecualikan Jemaah-Jemaah Haji dan umrah bagi umat Islam dan juga orang bukan Islam juga ada keluar negara untuk ibadat. Jadi pengecualian ini, kita guna pakai bagi umat Islam dan bukan Islam yang mengerjakan urusan agama dikecualikan.

“Kalau ini dipersetujui saya sokong RUU ini,” katanya.

Terdahulu ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mencadangkan perkara yang sama di dalam perbahasannya.

“Saya ingin mencadangkan supaya negara-negara ASEAN dikecualikan. Bererti rakyat Malaysia yang pergi ke negara ASEAN dikecualikan. Jika tidak berapa ratus ribu orang pergi ke Singapura tiap hari kena cukai.

“Satu lagi, kanak-kanak dikecualikan. Takkan kanak-kanak pun kena bayar? Satu lagi, warga emas, OKU, pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.

“Mereka yang pergi umrah dan Haji juga dikecualikan,” katanya. – Agenda News

Tags: CukaiLevi pelepasanpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 10 Hakim

Next Post

Adib Mungkin Ditarik Keluar Daripada Van EMRS

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

01/03/2024
131

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas...

Next Post

Adib Mungkin Ditarik Keluar Daripada Van EMRS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd