• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Ada Tengok Cermin Pagi Tadi” – Anwar

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kenyataan pedas yang dikeluarkan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyuruhnya melihat cermin disebabkan Timbalan Presiden PKR itu hanya membaca tajuk berita tanpa menghayati berita penuh.

Meskipun, Mohamed Azmin dilihat keras dalam kenyataannya semalam, namun, Anwar hari ini memilih untuk meredakan ketegangan yang memuncak dalam parti itu.

Presiden PKR itu secara berseloroh mengakui beliau sudah melihat cermin pagi tadi tetapi sedikit terkilan kerana Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak membaca keseluruhan konteks yang dimaksudkannya tentang letak jawatan sekiranya video seks itu sahih.

“Saya ada tengok cermin pagi tadi. Tapi saya fikir tidak adil kerana Mohamed Azmin tidak membaca keseluruhan kenyataan saya, itu bukan isu sebenarnya.

“Saya rasa kenyataan (tentang letak jawatan) saya telah dimanipulasi. Bagaimanapun saya tak rasa kecewa dengan kenyataan Mohamed Azmin… tapi saya fikir dia perlu baca berita penuh berkenaan kenyataan tersebut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin memulangkan paku buah keras kepada Anwar berhubung syornya untuk beliau melepaskan jawatan sekiranya video seks itu sah dirinya.

Mohamed Azmin dengan tegas berkata, Anwar sepatutnya melihat cermin sewaktu menyatakan cadangan tersebut.

“Baca gerak bibir saya, beritahu dia (Anwar) dia perlu melihat lelaki di dalam cermin.

“Muhasabah. Suruh Anwar muhasabah. Tolong refleks muka sendiri dalam cermin,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu menangkis persepsi bahawa beliau bimbang kononnya terdapat gerakan untuk menganggu gugat perjalanannya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

“Itu bukan isunya. Pakatan Harapan (PH) sudah buat keputusan tiada perubahan dalam penggantian Perdana Menteri, itu cuma andaian sedangkan perbincangan antara saya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sentiasa ‘on track’.

“Saya ada sokongan daripada PH dan sokongan Perdana Menteri juga. Jadi ini tidak adil kepada saya dan juga Azmin. Sedangkan dalam konteks video seks, kami sejak awal katakan menolak politik kotor yang dimainkan. Kami (PKR) lahirkan rasa simpati kepada Mohamed Azmin dan keluarganya,” ujarnya.

Anwar turut mengakui sudah dua kali menghubungi timbalan presidennya itu yang kini berdepan detik sukar dalam kehidupan dan kerjaya politik. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKRvideo seks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Atok Miang’ Rakam Aksi Lucah Budak 12 Tahun Didakwa

Next Post

“Azmin Bukan Saingan Saya Jadi PM” – Anwar

Related Posts

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

19/07/2025
0

BAYAN LEPAS - "Saya tak akan turun, saya bukan curi duit rakyat." Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

Next Post

"Azmin Bukan Saingan Saya Jadi PM" - Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd