• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Hantar ‘Isyarat’ Mula Jauhi Malaysia?

oleh
29/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Lebih sebulan lalu, Arab Saudi hantar ‘isyarat’ kepada Malaysia sebagai tanda hubungannya yang agak kurang mesra apabila mula melebihkan negara jirannya, Brunei.

Ia berlaku selepas kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) bertindak biadab arah tutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya dan tarik balik askar yang bertugas kawal Kaabah di Makkah.

Langkah itu sengaja dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai dendam politik peribadi beliau terhadap penyandang sebelumnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat akrab dengan kerajaan Arab Saudi.

Ini termasuk pernah menerima dana RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi ditohmah fitnah oleh Pengerusi PH itu konon dicuri daripada akaun sayap pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kelakarnya di sebalik dakwaan jahat Mahathir itu, beliau tidak berani bertemu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika baginda melawat Malaysia bahkan tidak berani ke Arab Saudi selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU).

Kesal dengan keceluparan Mahathir, Raja Salman pada bulan lalu mempersilakan Sultan Hassanal Bolkiah untuk melakukan lawatan diraja ke Arab Saudi, tetapi baginda langsung tidak mahu jemput ketua kerajaan Malaysia itu.

Ironi, berita ‘besar’ itu disiarkan oleh pelbagai agensi berita antabangsa kerana ia bukti hubungan Riyadh-Bandar Seri Begawan bertambah baik selepas kes sebuah akhbar di Brunei hina Raja Arab Saudi pada akhir 2016 lalu.

Di Malaysia cuma MYNEWSHUB menyiarkan berita itu secara eksklusif. Tidak cukup dengan itu, kuota jemaah haji Malaysia balik kepada 30,200 orang berbanding lebih 40,000 orang ketika era Najib selama sembilan tahun lepas.

Baca: Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat Brunei, Jauhi Malaysia

Juga: Jet Raja Salman Bawa Najib Ke Arab Saudi Disekat

Terkini, Arab Saudi mula bina bangunan kekal Kedutaan Diraja Kesultanan dan Kediaman Rasmi Duta negaranya itu di Brunei dalam majlis pecah tanah berlangsung penuh meriah bertempat di Jalan Kebangsaan di sini semalam.

Ia disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti Haji Mohd Daud dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Kesultanan Arab Saudi di Brunei, Hussain Mohammed M. Al Dajani.

Pembinaan canseri itu secara tersirat dalam bahasa diplomatik boleh dianggap bukti hubungan dua negara semakin kukuh dan keadaan ini agak berbeza jika sesebuah negara tiada bangunan kedutaannya sendiri di negara tertentu.

Justeru, jika negara asing sekadar sewa ruang pejabat di sesebuah bangunan tinggi, situasi tersebut boleh dirumus bahawa hubungan diplomatik dengan negara tuan rumah adalah tidak begitu penting diberikan perhatian serius.

Inilah masih berlaku di Malaysia apabila Kedutaan Diraja Kesultanan Arab Saudi hanya ‘tumpang sewa’ aras empat Wisma Chinese Chamber di Jalan Ampang berbanding negara-negara Asia Barat lain yang ada bangunan sendiri.

Lebih pelik, pejabat hal ehwal keagamaan kedutaan tersebut yang bertanggungjawab urus visa umrah dan haji untuk bakal jemaah Malaysia terpaksa dilakukan di sebuah banglo kecil di No.110A, Jalan U-Thant dekat Kuala Lumpur.

Arab Saudi sebelum ini ada beli lot tanah di Presint Diplomatik Putrajaya untuk bina tapak canseri, namun ekoran hubungan Putrajaya-Riyadh makin rumit, projek kedutaan itu dijangka lebih lewat lagi disiapkan. – Mynewshub.TV

Tags: Arab SaudiBrunei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd