• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Berkaitan Dana Politik Akan Dibentang

oleh
06/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dana politik di Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohamed Hanipa Maidin.

Mohamed Hanipa berkata RUU yang akan turut merangkumi dana Pilihan Raya itu akan dijadikan garis panduan dan penanda aras politik di negara ini.

“Kerajaan akan membentangkan RUU berkaitan dana politik di Parlimen mungkin pada tahun depan setelah kajian mengenai RUU itu dimuktamadkan dan semua isu dasar diselesaikan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin tahu berkaitan reformasi undang-undang berkaitan dana pilihan raya.

Mohamed Hanipa berkata bagi merangka RUU itu, kerajaan turut melihat dan mengkaji undang-undang berkaitan politik negara lain.

“Setakat ini kajian telah dibuat terhadap undang-undang negara United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Indonesia, Austria, Chile dan Mexico,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamed Hanipa Maidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Singapura Uji Penanda Jalan 3D Bagi Kurang Laju

Next Post

ICERD Bakal Jadikan Al-Quran Sebagai Rasis?

Related Posts

Akta Kebebasan Maklumat Pastikan Maklumat Daripada Sumber Sahih

03/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar di khalayak ramai adalah maklumat daripada sumber...

Timbalan Menteri Tanya Bukan Dulu PH Anti-Islam?

28/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin membidas PAS kerana meminta kerajaan membawa Rang Undang-Undang...

Next Post

ICERD Bakal Jadikan Al-Quran Sebagai Rasis?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd